Monday, 22 March 2010

YAKJUJ MAKJUJ VS. ALEXANDER THE GREAT ADALAH ZULQARNAIN

Pada 19 Mac lepas, MPP USIM telah mengadakan sesi pembedahan 2 buku (seperti tajuk di atas) dengan menjemput penulisnya, Muhammad Alexander atau nama sebenarnya, Pak Wisnu dari Indonesia yang juga merupakan seorang pensyarah untuk memberikan penerangan lanjut tentang hasil kajian beliau yang telah menghasilkan dua buku tersebut.

Terima kasih kepada pihak penganjur yang telah bersusah payah menganjurkan majlis. Banyak kekeliruan telah terungkai dalam fikiran saya, walau pun Pak Wisnu bertutur dalam Bahasa Indonesia, namun masih boleh difahami. Cuma apabila dia menyebut perkataan Arab atau Inggeris, sukar sedikit untuk difahami kerana cara sebutannya yang sedikt berbeza.

Lama dahulu, saya sering tertanya-tanya adakah Alexander The Great itu adalah Zulqarnain yang disebut-sebut di dalam al-Quran? Dan saya percaya mereka berdua adalah orang yang sama. Juga yakin bahawa Aristotle, Plato dan Socrates itu orang yang beriman kerana fakta-fakta yang mereka kemukakan sama dengan ajaran Islam. Mungkin juga mereka adalah para Nabi yang diutuskan oleh Allah kepada umat masing-masing. Namun saya tidak berani menyatakan ini semua kerana tiada bukti. Dengan penjelasan yang begitu terperinci, semua soalan yang berligar-ligar di fikiran saya selama ini terjawab sudah, Alhamdulillah.

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, kenalah beli buku tu…heheee…memang berbaloi beli buku tu! Penulis menghuraikan fakta2 dan sumber2 asal dari al-Quran dan Sunnah, seterusnya membandingkannya dengan buku2 lama Yunani. Selain mentafsir sumber2 tersebut, penulis juga menggunakan kaedah sains dan matematik untuk menegaskan kebenaran fakta beliau menurut perspektif sains serta logic akal.

Amanat terakhir penulis menyeru semua umat Islam menghidupkan ajaran wahyu pertama iaitu, membaca. Bukan sekadar membaca, kita juga perlu memerhati, mengkaji dan berfikir dengan mendalam untuk menemui keajaiban al-Quran dan tidak tertipu dengan fakta2 yang dhaif hujahnya!

6 comments:

  1. benarlah Aristotle, Plato dan Socrates adalah nabi? siapakan nama mereka di dalam Islam?

    ReplyDelete
  2. yang,
    you should read my new post 'spotcheck'.

    ReplyDelete
  3. Salam puteri,
    dalam Arab, nama Socrates disebut sebagai Sughrat, Plato sbagai Aflatun dan Aristotle sebagai Aristu.

    http://petikanbuku.blogspot.com/2010/05/socrates-ialah-luqman-al-hakim-dlm.html

    ReplyDelete
  4. Salam. Mahu bertanya sedikit. Kalau kita mengatakan Yakjuj Makjuj itu adalah bangsa Amerika-Eropah (Scythian), Mongol, Tartar, Xiongnu, Hun, Khazar, Massagetea lantas bagaimana dengan mereka yang menganut Islam? Apakah kita masih boleh memanggil mereka dengan istilah 'Yakjuj dan Makjuj'?

    ReplyDelete
  5. Wslm...pada pendapat saya yakjuj makjuj adalah bangsa yang dikatakan akan keluar pada zaman hampir kiamat kelak, bila mana asap tebal memenuhi bumi maka mereka yang tidak solat subuh pada pagi tersebut akan sakit dan bertempiaran lari dari utara ke kawasan orang Islam...dari kenyataan di atas, jelas mereka sama ada Islam atau beragama Islam tetapi munafik...penerangan selanjutnya mungkin boleh didapati dari buku Pak Wisnu...wallahu a'lam.

    ReplyDelete