Aku memandu tenang sambil cuba mengingati jalan menuju ke rumahku. Dari jauh kelihatan sebuah rumah kampung yang cukup aku kenali. Aku memasuki perkarangan rumah yang telah lama aku tinggalkan itu dengan perlahan-lahan. Tiada sesaipa di halaman. Mungkin abahku masih di ladang seperti selalu mencerut rumput untuk kambing lembunya. Mamaku pasti berada di dapur, menyiapkan makan malam. Tiba-tiba aku menjadi terlalu rindu pada rutin harian hidupku yang dulu. Alangkah indahnya andai semua adik-adikku juga berada di rumah kala ini. Pasti kami akan bersantai sambil berbual mesra bertemankan lagu yang dimainkan di corong radio.
Aku membentikan kenderaan di halaman rumahku yang luas dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga, terutama sekali orkid. Abah dan mama masih seperti dulu yang cukup suka menghias rumah dengan menanam pelbagai jenis bunga-bungaan, sayur-sayuran dan herba. Aku memimpin tangan Adam. Kegenggam erat.
“Macam tak ada orang je,bu.” , petah dia meluahkan.
“Cuba Adam bagi salam. Barulah tahu ada orang ke tak.”. Sedikit tertoleh-toleh aku mengintai ke bawah rumah. Rumah yang kami duduki sekarang sebenarnya rumah peninggalan arwah datuk abah. Kerana itulah rumah ini bercirikan rumah tradisional Melayu yang mempunyai atap yang ditempah khas dari Thailand dan juga ruang bawah rumah yang tinggi sehingga memungkinkan orang dewasa berdiri tegak di bawahnya. Sah, abah tiada di rumah kerana motor kapcai kesanyangan abah tiada di bawah rumah.
“Assalamualaikum.” . Salam Adam disambut. Pintu dikuak dari dalam. Sungguh, bukan wajah ini yang aku ingin temui. Aku belum bersedia untuk bertentang mata dengannya. ‘Ya Allah, kenapa aku diuji begini?’ . Aku terpaku memandangnya yang juga terkejut melihat kemunculanku yang tiba-tiba di halaman.
Aku tersedar apabila mendengar suara mamaku. “Siapa tu Dany? Kenapa tercengat aje? Ajaklah dia masuk.” , mamaku tergamam melihatku. Tanpa sedar aku turut melangkah mendapatkan mamaku. Aku menangis di bahunya. Mama menciumku sehingga aku kelemasan dipeluk, dicium bertalu-talu.
“Kenapa tak cakap nak balik?” , belum sempat pertanyaan itu aku jawab, mama menyambung lagi. Dia berpaling menghadap Daniel pula. “Kenapa Dany tak bagitahu mama Along nak balik hari ni? Asal tak balik sekali je? Jimat minyak. Nih, suami sampai tengah hari, isteri sampai petang!” . Daniel kelihatan tenang sekali, entah di mana disoroknya wajah terkejut tadi dan mendapat kekuatan untuk menghadapi situasi ini.
“Dany saja nak surprisekan semua.” , dia tersengih menjawab soalan mama.
“Nasib baik mama ni tak ada sakit jantung. Kalau tak, dah lama mati, banyak sangat kejutan.” , mama menggeleng kesal. “Eh, sapa ni?” , persoalan yang mama timbulkan itu menyedarkanku bahawa aku tidak keseorangan. Aku bersama Adam.
“Ni Adam, ma. Cucu mama.” , mama lantas memeluk Adam serta menarik Adam ke dalam pelukannya. Lama mama membawa Adam ke dadanya, lalu Adam dicium bertalu-talu. Aku melirik ke wajah Daniel yang nyata terkejut. Mungkin dia sendiri tidak menyangka yang kami ada anak.
“Dah besar cucu nenek ni. Tapi tak ada pulak Dany cakap yang korang ada anak?” , mama bertanya pelik. “Dany cuma cakap kat mama Along sambung belajar, tu je. Mama mintak nombor telefon pun tak dikasinya. Katanya, Along sihat. Along akan menangis nak balik kalau dengar suara mama, manja sangat. Dah kahwin pun manja lagi.” , mama meluahkan rasa hairannya.
Tiba-tiba sahaja Daniel ketawa. “Mama ni. Kitaorang saje je tak nak bagitahu mama semua ni. Biar semua terkejut. Tak sangka pulak mama betul-betul ikut cakap Dany.” . Sejak bila dia mempunyai bakat lakonan ni? Hatiku tertanya-tanya. Namun aku sedar dia ingin menutup kesalahanku. Tidak mahu sesiapa mengetahui keadaan sebenar, tidak ingin merisaukan hati tua ini. Aku sedar itu. Terlalu jelas di sebalik cara dia menjelaskan tadi. Perlahan-lahan aku bersyukur.
“Eh, nape korang diam je kat sini? Marilah masuk, dah gelap ni. Mesti penat pandu kereta jauh-jauh.” , mama sudah melangkah sambil membimbing Adam. Aku terasa kekok bila ditinggalkan bersendirian bersamanya. Bila dia bertanya tentang bagasi, cepat-cepat aku menuju ke kereta. Dia membantuku membawa bagasi. Kami diam tanpa bicara sehinggalah kami masuk ke dalam bilik.
Bilik ini masih seperti dahulu, tiada sedikit perubahan pun. Masih sama seperti bertahun-tahun dahulu. Aku kembali tersedar apabila dia meminta diri untuk mandi. Aku menggangguk perlahan. Adakah dia terlalu membenciku? Dia langsung tidak memandang wajahku. Membuatkan aku tertunduk keresahan. Aku melangkah keluar menuju ke dapur. Mama sedang sibuk berbual dengan Adam sehingga tidak menyedari kehadiranku.
“Ma, abah mana?” , aku bertanya sambil melabuhkan punggung di sebelah mereka.
“Abah macam biasalah.” , selamba sahaja mama menjawab.
“Adam, meh duduk sini. Jangan duduk atas nenek. Adam dah besar, sakit paha nenek nanti.” , aku menegur perlahan melihat Adam yang bertenggek di riba mama.
“Biarlah. Mama bukan ada cucu lain lagi. Diorang semua asyik berdalih je bila mama tanya. Lagi pun mama tak pernah dukung masa dia kecik. Nanti esok lusa dah nak balik KL pulak. Tak dapatlah nenek peluk lagi.” . Aku ketawa mendengar kata mama. Aku juga begitu dahulu. Selalu berdalih apabila tajuk kahwin diajukan. Mujurlah Daniel mengajukan rancangan bodoh untuk berkahwin dulu. Tanpa sedar, aku mengeluh perlahan. Kerana kebodohanku, Adam menjadi mangsa.
“Kenapa tiba-tiba mengeluh ni? Dah, pergilah mandi dulu, kemudian rehat. Nanti bila abah dah balik, kita makan sama.” , aku mengangguk sambil berdiri untuk berlalu. Mama menghalang apabila aku ingin memandikan Adam. Lama-lama duduk kat kampung ni, teruklah. Mesti manja semacam. Abah dengan mama memang suka memanjakan anak-anak. Tapi bila abah bersikap tegas semuanya tidak berani membnatah lagi.
Seperti biasa, abah pulang ketika matahari sudah ingin tenggelam. Tepat sekali jangkaanku apabila abah turut terkejut melihat kemunculanku di dapur, tambah terkejut melihat cucunya. Makan malam berlangsung seperti biasa. Hanya dihiasi pelbagai soalan dari mama, abah dan Adam. Daniel hanya diam menghabiskan makanan di pinggan tanpa banyak bicara. Dia hanya menyampuk sekali sekala apabila terasa soalan itu perlu dijawab. Suasana ceria ku rasakan agak hambar apabila Daniel kurang berbicara begini. Setelah selesai berborak dengan mama, aku meminta diri untuk masuk tidur. Daniel asyik sekali berbual dengan abah. Adam sudah dibawa mama tidur di biliknya.
best cite nih..
ReplyDeleteko wat sndiri?
bile nk abes?
best2..
cpt smbung!