Thursday, 18 March 2010

KERANA UMAIRAH 2

Hampir pengsan saat aku mendengar berita kematiaannya. Aku sedar saat itu akan tiba, namun aku betul-betul tidak bersedia menghadapinya. Inna lillahi wa inna ilahi rojiun…ummul Kitab, Fatihah kusedekahkan. Pija betul-betul seperti mayat bernyawa. Keluarga memaksa kami menunaikan wasiat arwah untuk berkahwin. Kami berkeras pada mulanya. Namun bila teringatkan janjiku, aku terpaksa bersetuju. Tiada majlis persandingan atau seumpamanya majlis kahwin. Yang ada hanya akad nikah di pejabat Qadhi menjadikan kami terikat.

“Ija…aku betul-betul tak nak tengok budak ni. Kau tolong jauhkan dia dari pandangan aku.” Kedatangan Pija yang tiba-tiba mengejutkanku. Malah, kata-kata yang dilontar sebentar tadi lebih mengejutkan aku. Patutlah dia tidak pernah menyentuh anak ini. Aku menyangka dia masih tidak dapat menerima semua ini, masih bersedih. Mendengar kenyataan ini seolah-olah dia tidak dapat menerima Umairah.

“Kenapa? Dia anak kau, Ja. Ingat kenyataan tu.” Aku cuba mengingatkan dia.

“Itu aku tahu. Tapi aku betul-betul tak nak tengok dia. Dia mengingatkan aku pada Mira.”

“Ja, kau yang bawa dia ke dunia. Sekarang kau nak campak dia lak?” Kejamnya manusia.
“Aku dah tak kisah kau nak cakap apa lagi, tapi aku betul-betul tak boleh terima dia. Dia yang menyebabkan Mira mati!”, mengucap panjang aku mendengar begitu.

“Ja!”. Spontan aku menjerit. Teringat bahawa dia bukan lagi sahabatku. Dia suamiku yang patut dihormati. Aku bergerak menghampirinya yang berdiri bagai patung di balkoni. Pandangannya kosong ke dada langit. Malam ini suram sekali tanpa bintang yang menemani. Hanya kelihatan bulan yang malu-malu berselindung di balik awam.

“Maafkan aku.” Aku mencari wajahnya. Tanpa berpaling dia menjawab, “Tak pe. Salah aku gak tadi. Aku tahu semua ni salah, tapi aku memang tak boleh terima Mira mati kerana melahirkan zuriat aku. Patutlah dia nampak tak sihat sangat. Bila aku tanya, alahan. Semuanya salah aku. Sibuk sangat sampai tak pernah teman dia jumpa doktor, semuanya dia uruskan sendiri. Aku ingat, aku nak cuti panjang jaga dia selepas dia beranak. Aku silap.” Dia meraup mukanya, menyebak rambut ke belakang. Wajah itu nampak terlalu serabut.

“Ja…kadang-kadang kita lupa, kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Kita hanyalah pelakon dan penulis skripnya adalah Allah.” Aku melemparkan pandangan kosong ke laman rumah umiku yang dipenuhi pokok bunga. Seluas lautan rasanya simpati aku padanya. Namun aku tidak dapat melakukan apa-apa.

“Dulu, aku memang tak suka sangat dengan kau. Kau pun tahu, kan?”Dia mengangguk. “Aku lagi marah bila aku temankan dia beli peralatan bayi. Aku nampak betapa gembiranya dia. Aku terkilan bila kau macam lepas tangan.” Berhenti lagi menarik nafas panjang dan menghembusnya.

“Tapi aku sedar, semuanya kehendak Allah. Siapalah kita untuk mempertikai keputusan Allah? Allah tak jadikan sesuatu sia-sia, pasti ada hikmahnya. Mungkin sekarang kita rasa semua ni kejam, silap. Tapi aku yakin sangat, akan tiba satu hari, kita akan bersyukur dengan apa yang terjadi sekarang.”
“Itu aku tahu. Tapi aku betul-betul sayangkan Mira. Kau tahu tak? Kau takkan faham, sebab kau tak pernah berkasih.” Pahit benar tuduhan itu.

“Kau terlalu emosi sekarang, Ja. Aku tahu semua orang pandang serong sebab aku tak kahwin. Ya betul, aku tak pernah bercinta dengan lelaki ajnabi. Kau lupa seperkara. Aku ada keluarga. Kalau bukan berkasih, apa lagi namanya? Dan lagi, siapa kau untuk mengukur sejauh mana sayang aku pada Mira? Mungkin cinta aku lebih dalam daripada kau, siapa tahu? Kau baru kenal dia. Aku? Dari kecil, Ja.”

Dia memandangku sekilas. “Maafkan aku. Betul kata kau. Aku terlalu dikuasai emosi.”

“Sudahlah, Ja. Aku rasa baik kau masuk tidur, rehat cukup-cukup. Jangan lupa Tahajud malam ni, selawat banyak-banyak dan baca doa ni:
                              •           
Moga tenang hati kau nanti. Minta Allah berikan kekuatan, tabahkan hati dan gantikan apa yang kau hilang dengan yang lebih baik. Kita perlukan masa untuk terima semua ni, aku faham. Tapi jangan sekali-kali buang Umairah dari hidup kau. Allah janjikan pahala di sebalik ujian. Jangan nanti kau menolak pahala, malah cari dosa lak.” Aku berlalu. Biarlah dia berfikir sejenak untuk kembali mengingati siapa dirinya. Rasanya dalam keadaan fikirannya yang bercelaru saat ini, tak berguna segala nasihat.

1 comment:

  1. heheeee...tak kuar lak ayat Quran tu...huhuhuuuu...surah Baqarah, ayat: 286.chech sdr larh yew?

    ReplyDelete