Suara tangisan Umairah menggamitku ke dunia nyata. Terdetik betapa si kecil ini memerlukan keluarga yang lengkap demi proses pembesaran yang sempurna. Dia juga seperti kanak-kanak lain yang perlukan ibu, perlukan ayah…yang akan mendidiknya meneruskan dominasi bangsa Adam di bumi ini. Menjadi khalifah utusan Allah. Menjadi Da’ie menyebarkan Islam, mengajak manusia umat Muhammad semuanya menyembah Allah yang Esa serta menjunjung tinggi Sunnah Rasulullah. Betapa berdosanya aku!
Selepas mendodoikan si kecil, aku kembali mengingati ibu si kecil. Mulus wajah Umairah mengingatkan aku kepada mira. Patutlah Farizal benci untuk menatap wajah anaknya ini. Membuatkan aku teringat janji-janji semalam.
“Mira…aku tak suka kau cakap macam ni. Kau kena janji, kau akan kuatkan semangat untuk pembedahan esok, ok? Janji dengan aku…kau mesti hidup. Kuatkan semangat, Mira. Mira yang aku kenal bukan selemah ini. Kalau kau pergi sekarang, siapa yang akan jaga Pija? Jaga Umairah?”, kugenggam erat tangannya. Cuba mengalirkan semangat supaya dia cekal menghadapi semua ini, padahal aku sendiri sudah terbang entah ke mana semangat untuk melihat semua ini.
“Ija…aku betul-betul merayu. Tolong janji dengan aku. Aku tahu, masa aku dah sampai. Kau patut gembira, aku akan bertemu ‘kekasihku’. Kau tak bangga ke? aku mencari syahid, dan Alhamdulillah…aku jumpa. Nanti aku sampaikan salam padaNya, kaulah sahabat terbaik dunia akhirat aku.”. Pujukan Mira tidak kedengaran menarik langsung. Malah menambahkan rasa sayu yang sudah berhari bertamu di hatiku sejak dia dimasukkan ke hospital himggalah sekarang.
“Bukan syahid begini yang aku nak Mira. Kau tak boleh berputus asa macam ni. Kuatkan semangat. Ingat sikit, Umairah perlukan ibu!”. Sedikit keras suaraku. Geram mengenangkan Umairah bakal kehilangan ibu tanpa sempat merasai perasaan memiliki ibu.Aku melonggarkan genggaman. Dia meraih kembali tanganku yang aku leraikan tadi.
Aku cuba untuk tidak menatap wajahnya. “Kau kan ada? Kau boleh jadi ibu dia. Janji dengan aku…gantikan tempat aku, please!”
Mendengar dia merayu begitu, betapa leburnya hatiku. Terasa betapa kerdilnya aku di saat ini. Menghitung detik pemergian sahabat terbaikku. Seolah-olah dia turut membawa pergi diriku. Aku mesti kuat, agar orang-orang di sekelilingku yang di saat ini yang seperti sudah kehilangan arah, kembali bersemangat. Mataku tertangkap si kecil Umairah yang nyenyak tidur. Aku menyorot ke arah cermin kaca. Terlihat di situ Farizal yang terduduk lesu di bangku menunggu pesakit. Mungkin tidak menjagka, malah tidak pernah terlintas di fikiran sepertiku yang kami terpaksa menghadapi hari ini.
“Umairah milik korang, Mira. Milik kau dengan Pija. Kau yang bawa dia ke dunia, kenapa aku yang perlu menjadi ibunya?”.
“Kau tak sudi?”, wajah yang sedia pucat itu kelihatan begitu terkejut dengan reaksiku. Aku bangun menuju tingkap. “Cuba kau tengok sana. Kau nampak tak apa yang aku nampak?”. Aku menuding jari ke arah Farizal. Dia hanya memandang kosong ke arah suaminya. “Dia tu siapa? Kenapa kau buat keputusan seberat ini seorang diri? Kenapa, Mira?”. Aku menatap tajam ke arahnya.
Mira menangis. “Salah ke aku nak jadi ibu?”. Aku mneghampirinya kembali. Membawa Mira ke dalam pelukanku. “Aku tahu. Tapi bukan dengan cara begini Mira. Kau boleh bela anak aku. Aku sanggup kahwin sekarang jugak. Asalkan aku boleh beri kau anak.”. Aku mengesat lembut air matanya. Teringat betapa lamanya mereka menanti kedatangan orang baru dalam rumah tangga yang dibina atas dasar cinta sebagai penyeri. Aku gembira sekali melihat kegembiraan Mira menghadapi saat-saat menjadi ibu. Aku faham perasaan sunyinya selama ini. Tidak pernah kusangka dia mengorbankan segala-galanya hanya kerana ingin menjadi ibu. Terlalu mahal harga pengorbanan yang dibayar. Dia merahsiakan risiko kematian ini dari orang sekelilingnya.
“Kau kena tolong aku. Kahwin dengan Pija. Jaga Umairah. Jangan sekali-kali tinggalkan dia. Aku hanya percayakan kau untuk jadi ibu Umairah. Didik dia dengan acuan Islam. Janji dengan aku sekarang, Ija. Kalau tak, aku takkan tenang.”
“Mira…aku tak pernah anggap kau sebagai orang asing. Kau adik aku. Kau tahu kan?”. Kembali menatap wajahnya sayu. Dia tersenyum senang sambil mengangguk perlahan.
“InsayaAllah. Aku akan tunaikan permintaan kau. Tapi kau kena janji dengan aku, kau kena berusaha untuk hidup. Demi Umairah, Pija, aku, keluarga kau. Jangan putus asa, ya. Allah benci sifat orang kafir. Kau tahu, kan?” Itulah dialog terakhir kami sebelum dia dimasukkan ke wad bedah keesokannya.
No comments:
Post a Comment