Monday 17 February 2014

A Teacher's Life...

Assalamualaikum....

Hari ni sama macam hari-hari sekolah biasa. Pukul 6.45 pagi aku dah memandu my baby blue, tepat jam 7.00 pagi aku dah tercongok kat pejabat untuk punch card. Awal-awal pagi macam ni tak ramai lagi yang datang. Pagi ni, sekolah didatangi oleh pengawai-pengawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat yang datang memantau.Bilangan pengawai yang datang agak ramai dan secara berperingkat mengikut bidang masing-masing.

Kelam kabut bila memikirkan fail-fail yang masih tidak sempurna. Lebih menakutkan bila memikirkan kelasku penuh hari Isnin. Bermula jam 8.45 pagi, berhenti rehat kejap dalam 20 minit dan sambung lagi sampailah pukul 1.05 petang. Otak sudah kacau memikirkan BBM yang tidak sempat disediakan dek kerana sibuk menyiapkan fail. Penat melayan keranah anak-anak murid seramai 22 orang. Sikit kan? Hakikatnya, 22 orang murid Pendidikan Khas bersamaan 110 orang murid perdana. Nisbahnya ialah seorang murid Pendidikan Khas bersamaan 5 orang murid di aliran perdana.

Alhamdulillah, markah pemantauan sekolah baik, jadi tak perlu bimbang akan ada pemantauan kali kedua hehee... Selesai solat Zuhur, aku bergegas ke Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang pula. Tepat jam 2.30 petang, mesyuarat pun bermula, sampailah jam 5.30 petang barulah selesai. Sampai rumah dah pukul 6.00 petang...nasib baiklah bujang, tak de anak-anak yang perlu diuruskan. Sebelah malam pula, sambung lagi buat kerja-kerja fail...hurmmmmm

Ramai yang cakap jadi cikgu senang, gaji pulak lumayan. Yeke? Kerja guru bukan sekadar mengajar, malah banyak kerja-kerja pengkeranian yang perlu dibereskan. Jadual kerja bermula seawal 7.00 pagi dan selalunya boleh sampai ke petang. Itu belum lagi kerja hari Sabtu. Tapi bab kata orang-orang tua: Alah bisa, tegal biasa. Rasa-rasanya, semua kerja sama je, masing-masing ada cabaran yang tersendiri. Cuma kita yang boleh menentukan sama ada kerjaya yang dipilih itu mudah atau susah, seronok ke tidak. Bagiku, semua bergantung pada niat dan cara kita mengendalikan sesuatu. Otak kita perlu sentiasa dimotivasi agar tidak terlalu terbeban dan tertekan dengan kerja-kerja yang tak pernah habis. Pendek kata, tepuk dada, tanyalah selera...