Cuti seminggu terasa begitu cepat berlalu. Apatah lagi dengan kepulangan adik-adikku. Duniaku terasa terisi kembali. Tidak lagi keseorangan meniti hari-hari sepi. Hidup di samping orang-orang tersayang. Aku pulang ke KL bersama-sama Daniel. Kami ingin mengotakan janji kepada anak tunggal kami untuk hidup bersama. Kebetulan kami berkerja di kawasan yang sama, Bangsar. Dia telah membuka syarikat guamannya sendiri. Rumah juga dibeli hasil titik peluhnya sendiri. Daniel betul-betul merancang sebuah kehidupan berkeluarga yang sempurna.
Masih segar di ingatanku, dia pernah bercita-cita ingin membuka firma guamannya sendiri dari usahanya sendiri. Sikap berdikarinya itu amat menyenangkanku. Kami seperti dari dunia yang sama kerana kami hanya memiliki apa yang termampu kami dapat. Segala-galanya mesti dari hasil kesungguhan sendiri, tanpa belas ehsan sesiapa. Mungkin kami dari darjat yang berbeza dari segi luarannya, tapi hakikatnya kami mempunyai banyak persamaan terutamanya berkenaan prinsip hidup.
Kami mengambil jurusan yang sama semasa di universiti dulu, sekelas pulak tu. Kerana sering menjadi partner ketika membuat tugasan, kami mula rapat. Tapi masih menjaga batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan. Hubungan kami diteruskan lagi walau pun setelah habis belajar dan berkerja. Satu kebetulan yang indah apabila kami berkerja di firma guaman yang sama. Kesibukan berkerja membuatkan aku tidak pernah memikirkan soal kahwin. Hinggalah apabila diberi kata putus oleh abah.
“Nak tunggu sampai bila? Sampai mama dengan abah dah mati baru nak kawen? Umur kamu tu dah 26 tahun. Kamu jangan nak ikut kakak sepupu kamu yang tak kawen-kawen tu.” , dada abah berombak marah. Takut benar jika aku mengikut jejak langkah sepupu-sepupuku yang tidak kahwin-kahwin sehingga sekarang. Umur sudah lanjut. Abah begitu takut aku terpengaruh dengan pendirian mereka kerana kami begitu rapat sekali. Sering menghabiskan cuti dan hujung minggu bersama.
“Tapi abah…Along nak belajar lagi.” . Aku cuba mempertahankan diri. Sejak kecil aku bercita-cita untuk menjadi guru. Setelah menginjak ke alam remaja, aku ingin sekali menjadi pensyarah. Menyambung pelajaran di luar Negara, merasai pengalaman merantau jauh ke Negara orang. Sedikit terkilan bila tawaran untuk membuat ijazah sarjana muda dalam jurusan perubatan di Jordon terpaksa kulupakan kerana mama tidak ingin aku merantau ke Negara orang seorang diri.
“Belajar tak boleh kawen ke? Tak salah kan?” . Abah masih berkeras. “Kali ni, abah tak kira. Kalau dalam masa terdekat ni ada orang masuk meminang, abah akan terima. Dah banyak sangat kamu tolak pinangan orang, tak elok. Dah tak larat abah nak ikut kamu lagi. Tak ada kesudahan.”
Keputusan tegas abah merungsingkanku. Otakku sibuk memikirkan kenapa tiba-tiba sahaja hal kahwin yang abah ungkit? Tak ada angin, tak ada ribut, pelik! Abah bukanlah jenis yang suka memaksa. Mungkin mulut becok ibu-ibu saudaraku yang kepoh menghasut abah agar aku lekas dikahwinkan. Takut menjadi andartu seperti sepupuku barangkali. Aku pening memikirkan calon yang sesuai. Siapa? Aku ingin memiliki teman sehidup semati yang menerimaku seadanya. Menjadi imamku mengemudi kehidupan. Parah ni! Malah bertambah risau dengan tanggunggjawab yang bakal digalas apabila bergelar isteri. Mampukah aku, ya Allah? Tapi bukahkah Allah telah menjanjikan wanita yang baik untuk lelaki yang baik? Baikkah aku?
part ni xbesh.. :(
ReplyDeleteHeheh..nampaknya banyak diadunkan dengan pengalaman..bagus long.
ReplyDelete