Aku mengambil keputusan untuk tidur sebelum Daniel masuk ke bilik. Aku belum bersedia untuk berbincang tentang hala tuju hubungan kami walau pun aku cukup sedar bahawa kami masih suami isteri yang sah. Seboleh mungkin aku cuba untuk tidur, namun mata ini tetap berdegil tidak mahu lelap, mungkin kerana otakku terlalu berserabut. Aku berpura-pura tidur sebaik sahaja Daniel merebahkan tubuhnya di sebelahku.
“Abang tahu Eisha belum tidur lagi. Tak perlulah berpura-pura lagi, tiada apa yang perlu disorokkan. Tak ada sesiapa pun di sini melainkan kita berdua. Walau pun abang terkejut dan kecewa, tapi abang faham…Eisha penat. Kita bincang perkara ni lain kali bila Eisha rasa Eisha dah sedia. Abang janji takkan paksa Eisha. Kita berlagak macam biasa je bila bersama keluarga. Tidurlah…esok kena bangun awal.”
Satu ciuman dia hadiahkan di dahiku sebelum tidur. Aku menjadi sebak. Kenapa dia terlalu baik? Tangisan yang kutahan akhirnya kedengaran juga. Sedikit janggal mendengar perkataan ‘abang’ yang meniti di bibirnya, menggantikan kau dan aku seperti selalu. Entah kenapa istilah semesra itu gagal mewujudkan kemesraan antara kami.
“Kenapa menangis ni? Abang ada silap cakap ke?” , dia cuba mencari wajahku yang membelakanginya. Rambutku diusap perlahan. Tiada jawapan yang terluah dari bibirku. Dia meraihku ke dalam pelukannya. Semakin kuat rasanya tangisanku.
Petang itu aku mengotakan janjiku membawa Adam mandi sungai. Cepat sekali dia menyesuaikan diri dengan walidnya. Pagi tadi dia menangis mahu mengikut walidnya keluar. Puas dipujuk, tapi dia tetap tak makan pujuk kali ni. Dia bersorak gembira apabila walidnya mendukungnya masuk ke dalam kereta. Adam langsung tidak mahu berenggang dengan Daniel. Biarlah dia melepaskan rindu bertahun-tahun kepada walidnya, fikirku. Senang sekali aku melihat dia bergelak ketawa begitu.
“Walid, dulu kan…masa kat London, semua kawan-kawan Adam kata Adam tak ada ayah. Adam marah sangat! Tapi Adam gembira sangat sekarang. Walid baik, hensem lagi. Kalah ayah diaorang semua. Kenapa walid tak datang duduk dengan Adam dulu? Walid tak sayang Adam ke?” . Wajah yang tadi ceria berubah muram. Sedih hatiku mendengar bait-bait perkataan yang keluar dari bibir comelnya tadi.
“Siapa kata walid tak sayang? Walid sayang sangat kat Adam. Adam sorang je anak walid, kan? Mestilah sayang. Kalau tak sayang Adam, walid nak sayang siapa lagi? Tapi, walid tak boleh duduk sana dengan Adam sebab walid kerja kat sini, lagi pun kalau walid pergi duduk dengan Adam, sapa nak jaga nenek dengan atuk?”
“Diaorang kan dah tua? Mestilah dah boleh jaga diri sendiri.” , Adam masih tidak mahu mengalah.
Daniel ketawa kecil mendengar jawapan Adam. “Sebab dah tualah kena jaga baik-baik. Orang tua kan selalu sakit? Adam tak sayang nenek, atuk?” , Daniel memujuk lagi.
“Sayang. Sayang sangat. Nenek baik sangat. Atuk pun baik. Tapi Adam nak tinggal dengan walid lepas ni. Boleh, kan?”
“Entah, tanyalah ibu dulu. Kalau dia bagi, nanti walid ikut.” , dia menjawab seraya mengenyitkan matanya kepadaku. Sengaja ingin menjeratku.
“Ibu mesti setuju. Ibu dah janji dengan Adam…bila balik kampung Adam boleh jumpa walid. Kan, ibu?” , ceria wajahnya mengharapkan persetujuan.
“Adam duduklah kat kampung dengan walid, ibu kena balik KL.” , sengaja aku ingin menduga hati anakku.
“Alah, walid pun ikut sekalilah. Adam pun nak jadi macam orang lain juga, ada walid dengan ibu….duduk sama.”
Kami berdua terkedu! Tak sangka dalam bergurau kami dapat mendengar luahan hati anak kecil ini.
bestnye/./
ReplyDeletesiapakah Daniel-ku?
Hehehe..bersambung jua..umairah maneer???
ReplyDelete