Wednesday 22 September 2010

KITA PADA PANDANGAN ALLAH

Menghabiskan cuti 2 bulan di rumah tanpa sebarang aktiviti menarik selain kerja2 rumah (nak kerja mak ayah tak bagi) membuatkan sya menonton banyak cerita yang ditayangkan di tv. Tapi saya tak berapa suka mengikuti drama sebab bila dah dating usim susah nak tengok tv, bz lah katakana…heheee…tengah dok melangok depan tv, saya pun sajalah tukar channel astro oasis…satu diskusi agama dengan kiyai dari seberang (lupa rancangan n nama kiyai tu…sory!). Ceritanya menarik sekali untuk dijadikan pengajaran. Kiyai nidulunya belajar emgineeering di university di Indonesia. Ayahnya tentera. Dia mempunyai seorang adik lelaki yang cacat, lumpuh disebabkan demam panas semasa kecil . Tapi tidak pernah dia mengeluh di atas ujian tersebut. Si kiyai bertanya apakah adiknya selesa dengan keadaannya, tidak merasa iri hati untuk menjadi sempurna seperti orang lain? Si adik menjawab tidak sesekali. Kerana yang cacat itu hanya pada pandangan kita manusia, tidak pada pandan Allah. Bukankah Allah telah menjadikan manusia itu sebaik2 kejadian? Begitu berhikmah sekali jawapannya, masyaAllah…kuasa Tuhan. Walau badan lemah tidak bermaya tapi hatinya tetap teguh beriman. Semasa sakit tenat adiknya berpesan: dalam dunia ini walau pun kita ada segala2nya ingatlah kita takkan pernah bahagia melainkan dengan redha Allah. Jika tiada keberkatan dalam hidup, maka tidak akan bahagia kehidupan kita di dunia, akhirnya adiknya meninggal dunia dalam keadaan yang sungguh mendamaikan sesiapa yang memandang seolah2 sedang tidur. Sejak itu dia berubah mendalami agama berdasarkan nasihat tulus si adik. Selain itu, dia berkawan baik dengan seorang lelaki buta yang bercita2 untuk memiliki anak soleh sebagai penyambung dakwah. Kawan2nya bercanda: siapalah yang mahukan lelaki buta? Dia menjawab…itu bukan urusan kita. Jodoh maut di tangan Allah. Jika Allah mengingin begitu maka jadilah. Dia ditanya lagi, selepas ibunya meninggal siapa yang akan menjaganya? Lantas dijawab: aku berserah diri kepada Allah. ALLAH telah menjadikan aku buta, maka sudah tentu Allah akan menjagaku. Dipendekkan cerita, dia berkahwin dengan seorang muslimah dan mempunyai anak. Si isteri berkata: di dunia ini aku menjaga suamiku yang buta, semoga di akhirat kelak Allah akan memeliharaku….

3 comments:

  1. semoga roh adik kiyai tersebut ditempatkan di kalangan org2 beriman...amin...al-fatihah buat arwah.

    ReplyDelete
  2. TQ, KERANA BAGI NO TEPON DR. ASMING

    ReplyDelete
  3. welcome...sorry cz lmbat bg...sy xbc komen awk...huhuuu...dpt call die x?

    ReplyDelete