Wednesday, 22 September 2010

Kisah ringkas untuk dijadikan tauladan di Aidilfitri..

By Hasnizam Hashim, Sunday 5 Sept 2010, 3:15 pm

Sudah menjadi kebiasaan bahawa Rasulullah akan mengikuti jalan lain untuk pulang ke rumah selepas daripada menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Tujuannya adalah supaya baginda dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan dapat bermaafan-maafan dengan mereka di samping dapat mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka berpuasa pada bulan Ramadhan….Sesampainya Rasulullah di sebuah simpang…Baginda terlihat sekumpulan kanak-kanak sedang bermain dengan riang. Tidak jauh daripada kumpulan kanak-kanak itu…terdapat seorang anak kecil yang berpakaian compang camping duduk menyendiri…tanpa seorang teman pun menemaninya…jauh sekali untuk bermain dengannya. Baginda lantas menghampiri anak kecil tersebut. Baginda melihat air matanya sedang berlinangan. Baginda lantas bertanya…mengapakah kamu menangis wahai anak?...Anak kecil itu menjawab…‘saya tidak ada baju baru wahai pak cik’. Rasulullah bertanya kepada anak kecil itu…mana bapa mu wahai anakku? Anak kecil itu sambil tersedu-sedu menjawab….bapa saya telah mati dalam peperangan bersama Rasulullah…Rasulullah seterusnya bertanya…. mana ibumu? Anak kecil itu menjawab…ibu saya telah berkahwin dengan lelaki lain dan dia sudah tidak memperdulikan saya lagi…Apabila Rasulullah mendengar rintihan hati anak kecil itu…Rasulullah pun turut sama menangis sebagaimana anak kecil itu menangis…Baginda lantas memeluk erat dan mendukung anak kecil tersebut seraya berkata…..wahai anakku sayang…mahu tak kamu beribukan Aisyah dan berkakakkan Fatimah…berbapakan Rasulullah dan bersaudarakan Hasan dan Husain ? Anak kecil itu dengan tersedu-sedu…nnnak pakcik… Rasulullah lantas mendukung pulang anak kecil tersebut. Sesampainya di rumah…Baginda memandikan sendiri anak kecil tersebut dan memakaikannya dengan baju baru…..


No comments:

Post a Comment