Monday, 16 August 2010

DARI TEMAN KEPADA KEKASIH 7

Daniel masih lagi termenung di birai katil apabila aku mula menghampiri katil. “Kenapa tak tidur lagi ni?” Hairan apabila dia masih belum tidur. Takkan tunggu aku kot?

“Kenapa Laoshi telefon? Kau couple gan dia ekh?” sedikit celupar andaian itu.

“Astaghfirullah hal adzim….ke situ lak kau ni. Aku masih waras lagi tau. Masih tahu had dalam pergaulan. Kau tau kan aku ni macam mana? Takkan jealous kot?” sengaja ingin mengusik Daniel. Seronok apabila melihat dia mencebik. Menarik muncungnya panjang.

“Tak de maknanya nak cemburu. Aku pelik jelah, curious…tau? Dalam ramai-ramai Laoshi kita dulu, kau baik dengan dia sampai sekarang, tu je!” kulit putihnya telah bertukar merah menahan geram dengan andaianku tadi.

“Aku memang rapat gan laoshi. Aku teringin sangat tengok dia kawen gan Muslimah. Kecewa betul bila dia jemput pergi majlis kawen dia dulu. Tak sangka Laoshi yang nampak berminat dengan Islam masih memilih gadis Tionghua sebagai teman hidup. Tapi aku masih berharap agar suatu hari nanti akan muncul hari di mana Laoshi jadi saudara seagama kita. Dan Alhamdulillah…hari itu muncul juga akhirnya.” Panjang lebar aku bercerita.

“Maaf tuduh kau yang bukan-bukan tadi.” Sedikit bersalah nada suara yang keluar dari bibirnya. Nampak begitu ikhlas.

“Tak pe. Dia mintak tolong aku selesaikan kes dia. Kalau boleh dia nak tuntut hak penjagaan anak nanti. Kita tolong dia, ya? Bila lagi nak berbudi?” aku malas nak gaduh panjang-panjang dengan dia ni. Bukannya boleh menang pun. Buat sakit hati ada la.

“InsyaAllah…aku tak kisah. Lagi suka kalau dapat tolong dia.”

“Aku nak solat sunat syukur dululah. Kau tak nak ikut sekali?” dalam halus aku cuba mengajaknya beribadat bersama. Indah sekali bila solatku tidak lagi sendiri. Aku sudah mempunyai Imam.

“Jomlah. Aku pun tak gantok lagi ni. Baik tambah pahala dari tambah dosa melalut gan kau!” lagi-lagi aku yang disalahkan. Huh…bosan aku.

“Iskh kau ni…tak abes-abes ngata aku. Nasib baik la kau tu suami tau. Dahlah…jom! Penat gaduh gan kau.” Kami beringingan bersama menuju ke dapur. Rumahku rumah kampung, jadi bilik air terletak bersebelahan dapur.

Sepeti biasa, aku akan terbangun dengan sendirinya apabila jam menunjukkan angka 5 setengah pagi, walau sepenat mana pun. Hari-hariku akan dimulakan dengan mengucapkan syukur dengan membaca doa bangun tidur kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Aku menggosok mataku dengan tumit kaki sambil berselawat sebanyak 7 kali. Petua ini diajar oleh seorang nenek yang tinggal di hujung kampungku agar cerah pandangan. Tidaklah cepat rabun nanti. Alhamdullaih…sampai sekarang aku tidak pernah mengalami masalah rabun. Heheeee….

Ketika aku mula melangkahkan kaki menjejaki lantai, aku terkejut kerana ditegur Daniel. “Pukul berapa ni?” lantas terjelepuk jatuh dari katil. Nasib baik katilnya rendah sahaja. Kalau tinggi, mahu patah kaki aku ni.

“Benda yang jatuh tu?” lantas Daniel turun dari katil memasang lampu.

“Ya Allah…macam mana kau boleh jatuh ni? Macam budak-budak lak.” Daniel merapatiku dan membantu aku bangun. Cuba memeriksa keadaanku.

“Kau la…terkejut aku. Tiba-tiba je, lain kali pelan-pelan la tegur. Lupa lak ada orang sebelah aku. Dah biasa tidur sorang, tup-tup tidur berteman lak.” Aku menggapai minyak panas yang terletak di atas meja solek lantas mengurut urat kakiku yang terkejut tadi.

“Yeke? Sory la…tak sengaja. Aku terkejut bila kau bangun tadi. Awal lagi ni kan? Nak aku tolong urutkan ke?” mukanya menggambarkan perasaan bersalah.

“No thanks. Kau bukan pandai urut. Nanti makin sakit lak kaki aku ni.”

Sedang leka mengurut, Daniel merampas botol minyak panas dariku. Aku bertambah terkejut bila dia perlahan-lahan mengurut kakiku. “Pelan la sikit Dany. Sakit tau. Kasar sangat kau ni. Aku ni pompuan tau!”

“Alah, kau tu manja sangat. Bukannya patah pun. Terseliuh sikit je ni.”. Panas je telinga aku dengar. Dengan lagak selamba aku melangkah ke almari dan mengambil baju.

“Eh…dah nak mandi ke? Awalnya!” . Awal ke? Mandi pukul 5 setengah pagi awal ke?

“Orang selekeh cam kau ni memang la awal. Tapi bagi aku, mandi awal la bagus…segar, pas tu dapat jaga badan tau! Susah nak gemuk.”. Sedikit ternganga dia mendengar ulasanku tadi.

“Betul ke? Kau saje nak reka-reka citer ekh?”. Terselit nada tidak puas hati di sebalik kata-katanya itu.

“Reka apa lak? Aku cakap benda betul la. Dah la…aku nak mandi dulu. Jap agi nak masak lak. Kau biasa makan apa pagi-pagi ni?”. Teringat dia ahli baru dalam rumah ini.

“Apa-apa jelah. Aku tak kisah. Mak aku biasa masak nasi goreng, nasi lemak, mee…tapi sejak duduk sorang ni aku makan roti je, kadang-kadang tak sarapan pun, malas nak masak.” Dany sudah bergerak mahu menyambung tidur.

“Ok la…aku turun dulu. Bila aku naik nanti, kau mandi lak ekh. Pas tu aku tunggu kau solat sekali.”.

Dany tidak jadi mahu menyambung tidur. “Yelah, yelah. Kau ni sama je gan mak aku. Nak layan tidur pun tak senang. Kecoh tol la pompuan ni.” Aku sekadar tersenyum panjang mendengar omelan itu. Bertambah lebar senyumku apabila Dany turut sama melangkah ke bilik air.

1 comment: