Sunday, 15 August 2010

Ahkam wa fatawa al-siyam

Buku ni karangan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bekas pensyarah USIM. buku ringkas (hanya 98 muka surat) tentang hukum hakam dan persoalan puasa ini sangat menarik hati saya. bermula dari muka depan yang cantik ditambah dengan susunan dan gaya bahasa yang mudah difahami, membuatkan saya menghabiskan waktu senggang antara waktu kuliah hari ini dengan menatap tulisan Ustaz Zu sahaja.
bukan sahaja khilaf, malah turut diterangkan apa yang rojih di kalangan ulamak untuk memudahkan pembaca untuk beramal. banyak perkara baru dan persoalan yang selama ini membelenggu saya selama ini telah terjawab degan penemuan saya di dalam buku ini.sesuai sangat untuk saya yang kurang fasih dengan bahasa arab, jimat masa untuk menterjemah.malah, sesuai sangat sebagai panduan berpuasa di bulan ramadhan ini. semoga kita memperoleh ganjaran di atas puasa yang dilakukan, amin.

No comments:

Post a Comment