Friday, 12 February 2010

SALAHUDIN AYUBI – Abdul Latip Talib.

Saya begitu tertarik untuk mempromosi buku karya Abdul Latip Talib yang bertajuk SALAHUDIN AYUBI, orang ke-2 yang menawan Baitul Maqdis selepas Umar b. Khattab.

Nama sebenarnya Yusuf Bin Najmuddin Ayyub, lahir di Tikrit, Iraq (543H / 1138 M). Berbangsa Kurdis, keluarganya berasal dari Azarbaijan. Jerusalem ditawan oleh tentera Salib pada 15 Julai 1099. Jerusalem ditawan semula oleh tentera Islam pada 15 Oktober 1187. Pada 16 Safar 598 H beliau jatuh sakit. Beliau meninggal dunia pada malam 27 Safar 598 H bersamaan Mac 1193 ketika berumur 55 tahun dan dikebumikan di Damsyik.

Sejarah Perang Salib bermula apabila seorang pendeta Perancis bernama Butrus (Pierre) yang baru pulang dari kunjungannya ke Baitul Maqdis bercita-cita menyatukan orang Kristian bagi menawan Baitul Maqdis daripada kekuasaan orang Islam. Dalam perjalanan pulang ke Perancis, Pierre singgah di Rom lalu menemui Baba Urban 11. kedua-duanya Berjaya mengobarkan semangat bencikan Islam sehingga raja-raja Eropahbersatu menyediakan angkatan tentera bagi menawan Baitul Maqdis.

Salehudin Ayubi: “Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia.”

Salehudin Ayubi: “Tentera Salib merampas Jerusalem dengan kekerasan dan membunuh semua tentera Islam yang menyerah. Mereka juga menganiayai kanak-kanak dan memperkosa wanita-wanita Islam lalu membunuhnya. Mereka menjadikan kanak-kanak kami sebagai barang mainan. Mereka melambung anak-anak kecil itu ke udara kemudian tadahkan dengan tombak atau pun pedang sehingga tubuh anak-anak yang tidak berdosa itu berkecai.”

Ibnu Shaddad menulis: “Di medan perang, Salehudin seperti seorang ibu yang kehilangan anak tunggalnya. Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah. Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salehudin sentiasa berpuasa pada siang hari walau pun beliau demam sehingga doktor peribadinya menyuruhnya berbuka.”

Gustav Le Bon menulis: “Kaum Salib kita yang mengaku kuat beragama itu tidak cukup melakukan kerosakan dan kezaliman kepada umat Islam. Bahkan mereka sudah bermesyuarat dan mengambil keputusan yang seluruh penduduk Baitul Maqdis dibunuh. Korban kekejaman itu bukan sahaja kepada umat Islam, bahkan juga orang Yahudi dan Kristian yang enggan bekerjasama dengan mereka bagi melakukan tindakan kejam itu. Akibat kekejaman itu, kira-kira 60,000 orang dibunuh selama 8 hari 8 malam sehingga tidak ada lagi yang selamat.”

Ibnu Khaldun pula menulis: “ Tentera Salib yang ganas dan kejam itu telah mengganas di Baitul Maqdis selama seminggu. Mereka melakukan rompakan, perkosaan dan membakar rumah-rumah penduduk. Apabila dihitung jumlah mayat di sekitar masjid, dalam rumah dan di sepanjang jalan, jumlahnya tidak kurang 70,000 orang.

Lawrence Brown: “Kita takut kepada zionis, ternyata mereka adalah sahabat kita. Kita takut kepada komunis ternyata mereka sekutu kita, jadi musuh kita hanya satu, iaitu Islam. Islam menjadi penghalang imperialisme Eropah sepanjang 3 dekad.”

Saidina Umar Bin Khattab: “Ajarkanlah anak-anak kalian berenang, memanah (menembak), seni mempertahankan diri dan menunggang kuda.”

No comments:

Post a Comment