Saya begitu tertarik untuk mempromosi buku karya Abdul Latip Talib yang bertajuk SALAHUDIN AYUBI, orang ke-2 yang menawan Baitul Maqdis selepas Umar b. Khattab.
Nama sebenarnya Yusuf Bin Najmuddin Ayyub, lahir di Tikrit, Iraq (543H / 1138 M). Berbangsa Kurdis, keluarganya berasal dari Azarbaijan. Jerusalem ditawan oleh tentera Salib pada 15 Julai 1099. Jerusalem ditawan semula oleh tentera Islam pada 15 Oktober 1187. Pada 16 Safar 598 H beliau jatuh sakit. Beliau meninggal dunia pada malam 27 Safar 598 H bersamaan Mac 1193 ketika berumur 55 tahun dan dikebumikan di Damsyik.
Sejarah Perang Salib bermula apabila seorang pendeta Perancis bernama Butrus (Pierre) yang baru pulang dari kunjungannya ke Baitul Maqdis bercita-cita menyatukan orang Kristian bagi menawan Baitul Maqdis daripada kekuasaan orang Islam. Dalam perjalanan pulang ke Perancis, Pierre singgah di Rom lalu menemui Baba Urban 11. kedua-duanya Berjaya mengobarkan semangat bencikan Islam sehingga raja-raja Eropahbersatu menyediakan angkatan tentera bagi menawan Baitul Maqdis.
Salehudin Ayubi: “Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia.”
Salehudin Ayubi: “Tentera Salib merampas Jerusalem dengan kekerasan dan membunuh semua tentera Islam yang menyerah. Mereka juga menganiayai kanak-kanak dan memperkosa wanita-wanita Islam lalu membunuhnya. Mereka menjadikan kanak-kanak kami sebagai barang mainan. Mereka melambung anak-anak kecil itu ke udara kemudian tadahkan dengan tombak atau pun pedang sehingga tubuh anak-anak yang tidak berdosa itu berkecai.”
Ibnu Shaddad menulis: “Di medan perang, Salehudin seperti seorang ibu yang kehilangan anak tunggalnya. Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah. Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salehudin sentiasa berpuasa pada siang hari walau pun beliau demam sehingga doktor peribadinya menyuruhnya berbuka.”
Gustav Le Bon menulis: “Kaum Salib kita yang mengaku kuat beragama itu tidak cukup melakukan kerosakan dan kezaliman kepada umat Islam. Bahkan mereka sudah bermesyuarat dan mengambil keputusan yang seluruh penduduk Baitul Maqdis dibunuh. Korban kekejaman itu bukan sahaja kepada umat Islam, bahkan juga orang Yahudi dan Kristian yang enggan bekerjasama dengan mereka bagi melakukan tindakan kejam itu. Akibat kekejaman itu, kira-kira 60,000 orang dibunuh selama 8 hari 8 malam sehingga tidak ada lagi yang selamat.”
Ibnu Khaldun pula menulis: “ Tentera Salib yang ganas dan kejam itu telah mengganas di Baitul Maqdis selama seminggu. Mereka melakukan rompakan, perkosaan dan membakar rumah-rumah penduduk. Apabila dihitung jumlah mayat di sekitar masjid, dalam rumah dan di sepanjang jalan, jumlahnya tidak kurang 70,000 orang.
Lawrence Brown: “Kita takut kepada zionis, ternyata mereka adalah sahabat kita. Kita takut kepada komunis ternyata mereka sekutu kita, jadi musuh kita hanya satu, iaitu Islam. Islam menjadi penghalang imperialisme Eropah sepanjang 3 dekad.”
Saidina Umar Bin Khattab: “Ajarkanlah anak-anak kalian berenang, memanah (menembak), seni mempertahankan diri dan menunggang kuda.”
“Be the son of whomever you wish And acquire some adab Verily this noble linage will enrich you The youth is not the one who says: ‘My father was’ Rather: the youth is the one who says: Here I am”
Friday, 12 February 2010
RINDUKAN SYAHID
Hatiku rindu yang amat
Pada lambaian Masjidil Haram
Pada sucinya Masjidul Aqsa
Kota rebutan
Islam, Kristian dan Yahudi
Tiga agama besar dunia
Hatiku bertambah walang bila terkenang
Air mata darah yang menemani
Perjuangan, perjalanan jihad saudara Islam di Palestin
Saudara Islam lain, di mana?
Ke mana hilangnya persaudaraan dalam Islam?
Luntur? Pudar?
Jika kita begitu membela Kaabah, juga Masjid Nabawi
Kenapa tidak dibela Masjid Aqsa?
Kiblat pertama umat Islam
Lupakah kita tentang hakikat itu?
Tepuk dada, tanyalah hati!

Friday, 5 February 2010
JOM RAMAI2 MERIAHKAN KELAS TAFAKKUH
Mulai minggu depan, setiap hari Rabu akan diadakan kelas tafakkuh bersama Dr. Asming Yalawae (pensyarah FSU daripada Thailand - Pattani). Kelas akan bermula pada pukul 2.30 petang. Tempat akan diberitahu kelak. Kitab2 yang digunakan mungkin masih sama seperti sem lepas.(tapi saya masih belum berkesempatan lagi untuk mengikuti kelas beliau pada sem lepas...heheee...bz! InsyaAllah, sem ni saya akan menghadirkan diri).
Bermula sem lepas, saya sentiasa menghadiri kelas tafakkuh Ust Syed Salim (pensyarah FSU gak)yang mana diadakan pada hari Rabu, pukul 3 lebih sampai pukul 6 petang di bts tingkat 3 FSU. Ust Syed mengajar kitab2 turath mengenai ilmu nahu, fiqh, tasawwuf dan juga akhlak. Antara kitab utama yang digunakan ialah Penawar Bagi Hati, Risalah Tauhid, Fiqh Ibadat Mazhab Syafie, Fathu Qarib dan Ta'lim Muta'llim.
Ust juga akan memperkenalkan beberapa buku tambahan yang sesuai dibaca oleh para pelajar berhubung sesuatu isu setiap kali kelas bermula. Untuk menambahkan lagi ilmu, Ust turut menggunakan beberapa buah buku lain yang akan diberitahu sebelum kelas yang berikutnya. Malah, Ust sering memfotostat helaian daripada kitab untuk menjelaskan sesuatu isu atau masalah.
Ibarat kata pepatah Melayu, sikit2 lama2 jadi bukit. Begitulah hendaknya. Selamat Bertafakkuh!

DARI TEMAN KEPADA KEKASIH 1
Aku pulang lagi ke sini, tempat asal usulku. Aku ingin mengutip segala kenangan bersamanya. Aku ingin mengumpulnya, agar aku terus bersemangat melalui hari-hari sepiku. Namun, aku sudah cukup bertuah sebenarnya kerana sebahagian dari dirinya ada bersamaku. Sentiasa menemaniku walau ke mana saja. Dan aku terus terlupa bahawa aku telah melakukan kesilapan terbesar dalam hidupku. Aku ingin menebusnya kembali tetapi aku tidak tahu bagaimana caranya. Apakah aku masih di hatinya? Adakah orang-orang kesayanganku masih mengingatiku sebagaimana aku yang sering merindui mereka? Rejab ini hatiku terlalu ingin menemui mereka. Kuturutkan kata hatiku, dan akhirnya aku berada di bumi bertuah ini.
“Ibu…Adam nak mandi, bu. Boleh kan?” , lamunanku mati mendengar suara anakku yang teruja untuk mandi sungai. Aku berpaling ke arahnya yang sudah berada di gigi air.
“Mari sini kejap. Kalau nak mandi, kena tanggal baju dulu. Takkan nak mandi dengan kasut semua?” . Sambil tergelak aku merapatinya.
“Jangan berenang jauh-jauh tau. Main dekat-dekat ni je, senang ibu nak tengok.”
Dia bersorak riang sambil berlalu, senang hati apabila keinginannya aku turuti. Adam sudah besar. Sudah pandai bertanya siapa ayahnya, di mana ayahnya, kenapa dia tiada ayah seperti orang lain? Semua pertanyaan itu cukup menyesakkan dadaku, tapi aku akan sengaja menukar tajuk perbualan apabila tajuk tidak selamat itu yang menjadi pilihannya untuk berbicara. Aku tidak berupaya menceritakan perkara sebenar kepadanya, kerana akulah yang bersalah. Di satu sudut lain, aku tidak ingin menipunya. Tapi sampai bila? Dia semakin membesar. Malah, dia sering bertanya tentang ayahnya kebelakangan ini.
“Ibu…Adam tak nak kawan dengan dengan diorang lagi. Diorang kata Adam tak ada ayah. Adam ada ayah kan, bu? Diorang jahat, tak nak kawan lagi.” , aku merenungnya. Aku meraih dia ke dalam pelukanku.
Sambil mengusap mesra rambutnya, aku cuba menenangkannya. “Adam ada ayah, tapi ayah Adam tak ada kat sini. Dia duduk jauh. Nanti bila balik kampung, ibu bawa Adam jumpa ayah, ya?” . Adam mengangguk sambil mendongak memandangku. Matanya bersinar kembali.
“Adam jangan gaduh gan diorang lagi, ya! Nanti kalau Adam tak nak kawan dengan diorang, Adam nak main gan siapa lagi?” . Dia mengangguk lagi.
Kesian anakku, dia disisihkan hanya kerana dia tidak mempunyai ayah seperti orang lain. Aku yang membawanya ke dunia ini, aku jugalah yang menjadikan dia dihina. Aku meneruskan pengajian Masterku di London ketika mengandungkannya. Hanya aku seorang sahaja yang mempunyai anak tanpa bapa. Orang lain semuanya hidup berpasangan. 5 tahun di rantau, aku mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air. Kebetulan aku mendapat tawaran kerja di sebuah bank. Sesuai dengan bidangku, Islamic banking. Aku melepaskan keluhan untuk ke sekian kalinya. Aku memandang jam tanganku yang sudah menunjukkan pukul 5 petang.
“Adam, dah la tu. Nanti kita datang lagi. Dah petang sangat ni. Jom balik!” .
“Alah, bu. Adam belum puas lagi. Kejap lagi la, bu.” , sedikit masam wajah polos itu.
“Kita balik dulu. Adam tak nak jumpa nenek, atuk? Esok kita datang lagi. Kita mandi ramai-ramai, lagi best. Kalau ada walid, kita ajak walid sekali.” . Adam tersengih. Aku pasti jerat yang dipasang sudah mengena. Anak sebaik Adam bukan susah untuk dipujuk, dia sangat mendengar kata.
Aku mengelap badannya dan memakaikan semula pakaiannya. Lantas aku mengemas tikar masuk ke dalam kereta. Kawasan kampung yang telah berubah sedikit mengelirukanku. Jalan yang aku lalui sedikit asing di pandanganku. Ya, sudah tentu banyak yang telah berubah, maklumlah sudah 5 tahun aku meninggalkan kampung halaman. ‘Tawakkal ajelah. Mudah-mudahan aku selamat sampai’, doaku di dalam hati.

Subscribe to:
Posts (Atom)