Saturday, 3 April 2010

DARI TEMAN KEPADA KEKASIH 5

‘Eisha…jom borak jap. Aku ada benda sikit nak bincang dengan kau ni. Boleh, kan? Habis kerja nanti kita jumpa kat cafe, ok?’. Pesanan ringkas dari Daniel itu membantutkan hasratku untuk pulang awal.

‘Penting sangat ke? Esok-esok tak boleh ke? Kepala aku dah semak sangat hari ni. Dah tak larat lagi nak mengadap muka kau.’

Dengan langkah longlai aku turuti jua permintaannya apabila perkataan ‘please…penting sangat ni’ terpapar di skrin telefon bimbitku.

“Cakaplah cepat Dany. Aku nak balik cepat ni, penat sangat. Dah tak larat nak fikir dah. Kau ni pun, tak sempat-sempat nak tunggu esok, penting sangat ke?” , aku memulakan sesi pertemuan petang itu dengan wajah malas.

“Penting la wei. Antara hidup dengan mati ni.”

“Hidup dengan mati? Kau biar betul! Kau kena barah ke apa? Jangan cakap kau kena HIV dah. Eeiii…simpang malaikat 44.” , ngeri aku memikirkan andaian itu.

Muka Daniel berubah, bengang. “Apa HIV lak ni? Aku sihat la wei. Kalau aku sakit, aku pergi jumpa doktor. Mengadap kau kat sini buat apa? Buang masa aku je.”

“Ekh? Sory la Dany. Dah kau cakap antara hidup dengan mati tadi. Cam serius je! Ade ke benda lain yang serius camtu selain sakit?” , aku tersengih kerang.

“Kau kena tolong aku kali ni Eisha. Kau tau kan pasal aku dengan Fara?”

“Asal tak tau lak? Aku yang tolong kau ngorat dulu. Takkan dah lupa kot? Tak kenang budi tol la kau ni”. Teringat betapa beriyanya Dany semasa jatuh hati dulu. Merayu-rayu agar dapat mengenali Fara dengan lebih rapat, roomateku.

“Lupa lak dia tu roomy kau…heheheeee…kau tau tak kami dah bertunang? 3 bulan lagi rancang nak buat majlis.”

“La…kau yang nak kawen, nape datang jumpa aku lak? Aku bukannya perunding perkahwinan! Owh…tunang sorok-sorok. Nak kawen mulalah cari aku. Takkan dah nak jemput kot, lambat lagi 3 bulan tu” , musykil betul aku. Sedikit terasa bila Fara tidak pernah memaklumkan tentang pertunangan mereka.

“Itu aku tau la.”

“Dah tu?”

Aku mengerutkan dahi sebaik melihat sengihan Daniel yang nakal seolah-olah sedang merancang sesuatu yang jahat.

“Kau gila ke ape? Tak nak la aku kawen ngan kau?” , dia ni betul ke tak? Ke saje nak main-main, tak lawak langsung!

“Aku serius ni, Eisha. Kau sorang je kawan pompuan aku. Aku dah tak tau nak minta tolong ngan sapa lagi dah ni. Please, Eisha! Aku tak de calon nak bawak jumpa mak aku. Mak aku marah sangat lepas dapat tahu Fara kena tangkap basah hari tu. Dia nak jugak majlis tu berlangsung. Malu katanya…semua orang dah tahu.”

Dalam tengah memikirkan masalah mamat ni, aku baru teringat yang masalah aku pun belum selesai lagi. Bila dicongak-congak, masalah aku dengan dia sama je. Dan masalah aku akan selesai kalau aku kahwin dengan dia. Tapi, boleh ke?

“Takkan sebab tu je kot? Alah..batalkan jelah, apa susah sangat?” . Aku masih tak puas hati. Takut makin besar lak masalah ni nanti, kan parah?

“Ayat kau tu bunyinya cam aku ni jahat sangat je? Selama kau kenal aku la kan, penah ke aku tipu kau, khianat gan kau? Pernah?”. Sinis semacam je ayat yang keluar dari mulutnya. Tapi salah aku jugak suka tuduh melulu.

“A’ah kan? Tak pernah kot rasanya. Heheee….”, aku tersengih menutup malu.

“Mak aku tu dah la ada sakit jantung. Hari tu pun dia masuk hospital masa dapat berita tu. Aku tak sempat nak sorok dari keluarga aku bila keluarga dia datang mintak maaf pasal kejadian memalukan tu.” Dia berhenti seketika.

“Aku tak sampai hati nak tengok dia sedih lagi. Tapi masalahnya, aku memang tak de calon sekarang ni. Kau ada idea tak, nak elak macam mana?”

“Tak leh nak fikir la sekarang ni, Dany. Tapi kenapa aku pulak? Aku ni orang kampunglah…kau tu orang Bandar. Boleh ke mak kau terima nanti?”. Risau aku…dia ni dari keluarga elit, anak VIP tu… anak tunggal lak tu! Tapi walau pun kaya, dia hanya hidup sederhana seperti orang biasa sahaja. Sempat lagi aku memuji. Heheheeee….

“Aku tau la taste mak aku. Orang kampung, pandai masak, sopan, hormat orang tua, kuat agama, berkerjaya…apa lagi ekh?”

Ya Allah, malunya aku! Boleh pulak tu dia tergelak tengok muka aku yang kemerahan.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk mengahwininya dengan beberapa syarat. Kami berjanji untuk tidak melibatkan sebarang perasaan dalam hubungan yang baru kami bina ini. Kami akan terus kekal sebagai kawan dalam hubungan baru yang kami berdua cipta. Malah, apabila sampai masa yang sesuai, kami akan berpisah. Kami berkahwin hanya demi permintaan ornag tua. Dan Alhamdulillah, kedua-dua keluarga boleh menerima pernikahan kami. Masalah kami selesai.

1 comment:

  1. "Kami berjanji untuk tidak melibatkan sebarang perasaan dalam hubungan yang baru kami bina inI"

    Huh/./ ape mslahnya.. si danial yg ofer ajak kawen.. time je la..
    best pe kwen (ha.ha.ha)..
    bukn ape.. he.he..

    dan bgiku jika aku si eisya tu..
    aku akan mlibtkn prasaan dlm prkhwinan..

    "wtpe kgsi khidpun tp bukan prasaan..??"
    ini ayat aku.

    ReplyDelete