Tuesday, 28 February 2012

KEISTIMEWAAN DALAM KEDHAIFAN

YA ALLAH…..HambaMU ini menghadapkan seluruh jasad, fikiran, dan hatiku, dalam mempersembahkan sujud ku….menyerahkan seluruh hidupku padaMU, pada takdirMU YA RABBI…mengucapkan syukur di atas segala anugerahMU…betapa aku sentiasa mencari erti kesempurnaan selama ini, kutemui di sebalik wajah polos murid2ku YA ALLAH…betapa selama ini aku tidak pernah mensyukuri nikmatMU yang tak terkira banyaknya, malahan aku sentiasa merasai kekurangan dalam anugerahMU TUHAN…
Bila pertama kali mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke USIM hatiku berkata betapa aku tidak ingin meenjadi salah seorang pelajar di situ…gelaran sebagai pelajar agama amat berat untuk dipikul, lebih2 lagi aku takut dengan bahasa Arab…namun demi cinta dan patuh kepada seorang bapa yang tak sanggup aku hampakan impiannya, aku turuti jua permintaan itu…jatuh bangun di USIM, jerit perih menuntut ilmu kini menjadi kenangan paling manis dalam menuntut ilmu di samping kawan2 terhebat, terbaik pernah aku jumpai, milikki….dan bila hati sudah jatuh sayang dengan dunia university, pejam celik 2 sudah 4 tahun aku di sana, maka terpaksalah USIM kutinggalkan….hanya 1 pintaku: YA ALLAH, aku ingin sentiasa dekat denganMU, sentiasa diberi peringatan kerana aku mudah lupa Ya RAHMAN, betapa aku sayang sekali untuk meninggalkan kelas tafakkuh dan kuliah2 agama di USIM, betapa aku merindui suasana ilmu di USIM, akrab persahabatan TLC1 DAN FIQH FATWA, semuanya ya ALLAH…
Dan kerana adilnya Allah, di sini lah aku….gembira mengajar anak2 di bumi MORIB, anak2 di PROGRAM PENDIDIKAN KHAS…betapa selama ini aku tidak bersyukur dengan segala permberian Allah…astaghfirullahal adzim!!!!! Mengajarku tentang betapa bertuahnya aku selama ini diberi pelbagai keistimewaan tetpi tidak pernah kutahu sehinggalah kutemui segala JAWAPAN kepada setiap rintihan, keluhan, pertanyaan, persoalan mengenai kelebihan itu dalam kekurangan anak2 didikku di PENDIDIKAN KHAS!

No comments:

Post a Comment