Kemenangan BN di Sarawak, negeri yang besar lagi luas di Timur Malaysia itu sudah cukup untuk memastikan BN terus berkuasa di Bumi Kenyalang dengan majority undi 2/3. Terpampang jelas di dada akhbar arus perdana tentang keangkuhan BN terus berjaya mengekalkan kemenangan. Bagi saya, tiada apa yang harus dibanggakan sebenarnya. Mungkin BN menang, tetapi bukanlah menang besar sebesar yang diwar-warkan di media, baik elektronik mahu pun media cetak tempatan.
BN memperoleh 55 kemenangan, Pembangkang 15, manakala Bebas hanya 1 kerusi sahaja. Secara zahirnya memang BN menang besar tetapi jika dilihat dari segi angka, jelas menunjukkan penurunan undi. Nyata BN semakin ditolak di Sarawak terutama oleh golongan Cina yang mendiami bandar2 besar di Sarawak. Begitu juga masyarakat Iban dan penduduk Peribumi lain yang beralih kepada Pembangkang sama ada DAP atau PKR kerana isu tanah adat yang masih belum selesai. BN menang kerana sokongan kuat orang Melayu yang nyata termakan dengan janji2 kerajaan semasa kempen pilihanraya.
Ketua Menteri menang dengan majoriti besar walau pun dikatakan antara punca penolakan rakyat terhadap BN di Sarawak adalah Tan Sri Taib Mahmud masih belum bersedia untuk berundur dari tampuk pemerintahannya. Manakala bekas timbalannya, kalah kepada calon parti pembangkang. Walau pun banyak isu dalaman PKR yang cuba diekploitasi semasa pilihanraya, seperti video seks Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh 3T, ahli parti yang lompat parti dan sebagainya, nyata sokongan rakyat semakin meningkat terhadap pembangkang.
Walau apa pun analisis yang timbul, BN perlu merubah stateginya jika mahu terus menguasai Malaysia. Isu-isu pembangunan, menohmah parti lawan, membeli ADUN dan YB parti lain agar memasuki BN, tuduhan kepada Anwar dan sebagainya sudah tidak relevan lagi. Untuk memastikan BN terus berkuasa, adalah penting untuk mereka memikirkan agenda lain. Isu-isu yang dimainkan dan strategi biasa sudah lapuk dek hujan + lekang dek panas = ketinggalan zaman!
No comments:
Post a Comment