Ibu….
Dulu kau yatim
Kini kau piatu
Tiada bapa mahu pun ibu
Duniamu hanyalah ibu angkat
Tanpa bapa di sisi
Berteman ibu…tidak berbapa
Dipinggir, dipulaukan bapa sendiri
Menumpang kasih abang
Pengganti bapa
Dibimbing kakak
Pengganti ibu
Kau membesar sempurna tanpa dendam
Mentaati ibu bapa selayaknya seorang anak
Dirimu anugerah terbaik buatku
Kau ibu terbaik buatku
Kau jua teman terbaikku
Pendengar terbaikku
Dirimu adalah segalanya bagiku
Tanpa ibu…siapalah aku!
No comments:
Post a Comment