Monday, 10 May 2010

IBUKU

Ibu….
Dulu kau yatim
Kini kau piatu
Tiada bapa mahu pun ibu

Duniamu hanyalah ibu angkat
Tanpa bapa di sisi
Berteman ibu…tidak berbapa
Dipinggir, dipulaukan bapa sendiri

Menumpang kasih abang
Pengganti bapa
Dibimbing kakak
Pengganti ibu

Kau membesar sempurna tanpa dendam
Mentaati ibu bapa selayaknya seorang anak

Dirimu anugerah terbaik buatku
Kau ibu terbaik buatku
Kau jua teman terbaikku
Pendengar terbaikku
Dirimu adalah segalanya bagiku
Tanpa ibu…siapalah aku!

Sunday, 9 May 2010

SELAMAT HARI IBU

Kepada ibu-ibu, mak-mak, mama-mama, mummy-mummy, ummi dan seangkatan dengannya..."SELAMAT HARI IBU"...semoga kedatangan hari ibu tahun ini mengeratkan hubungan silaturrahim keluarga di Malaysia...kalau takmampu sangatnak sambut besar-besaran atau beli hdiah mahal-mahal, cukuplah sekadar ucapan ikhlas dari seorang anak sebagai tandq anda menghargai ibu anda, orang yang membawa anda ke dunia ini....

Friday, 7 May 2010

Assalamualaikum....lama dah tak update blog nih, maklumlah sibuk dengan final exam...heheheee...lepas nih nak balik kampung lak...huhuuuu...banyak rancangan yang terpaksa ditangguhkan kerana terdapat sedikit kerumitan.

Itulah lumrah manusia...kita hanya bisa merancang tapi Allah jualah yang menentukannya...ibarat pelakon yang hanya bertindak di bawah telunjuk pengarah, begitulah juga kita di pentas lakonan dunia ini...tidak berlaku sesuatu perkara melainkan dengan izin Allah!