“Be the son of whomever you wish And acquire some adab Verily this noble linage will enrich you The youth is not the one who says: ‘My father was’ Rather: the youth is the one who says: Here I am”
Wednesday, 16 February 2011
Wednesday, 19 January 2011
MARUAH DALAM PERIBADI
Sedunggu-dunggu lembu kandang
Saat tanduk diketuk telinga dipulas,
Paling bodoh merimbas menendang
Sedaya tenaga mahu dilepas bebas.
Air dalam perigi demikian peri
Sekali pun tidak berombak berkocak,
Mendap apabila ditujah bertubi
Mustahil jernihnya tidak berkocak.
Demikian maruah dalam peribadi
Sekali pun tidak mengharap disanjung,
Apabila berulang kali dihina dikeji
Mustahil masih lembu dicucuk hidung!
Nawawee Mohammad
Saat tanduk diketuk telinga dipulas,
Paling bodoh merimbas menendang
Sedaya tenaga mahu dilepas bebas.
Air dalam perigi demikian peri
Sekali pun tidak berombak berkocak,
Mendap apabila ditujah bertubi
Mustahil jernihnya tidak berkocak.
Demikian maruah dalam peribadi
Sekali pun tidak mengharap disanjung,
Apabila berulang kali dihina dikeji
Mustahil masih lembu dicucuk hidung!
Nawawee Mohammad
Friday, 17 December 2010
SHARE BLOG FAIZAL TEHRANI....Recep Tayyip Erdogan Kini Berfahaman Syiah?

* Artikel ini tersiar di tabloid Kabar edisi 16 Disember 2010. Dilarang menerbit kembali. Hak cipta terpelihara. Anda bagaimanapun dibenarkan memaut entri ini ke laman atau blog anda.
OLEH DR FAISAL TEHRANI
BEBERAPA hari lepas, bekas pelajar ketika saya mengajar di Istanbul menghubungi menerusi skype. Berita paling hangat di Turki mutakhir ini ialah, apakah kemungkinan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang juga kepala parti paling berpengaruh di negara tersebut iaitu Parti AK, telah pun menganut fahaman syiah Imamiyyah.
Khabar ini meski belum disahkan telah bertiup kencang, sejak tokoh masyarakat bermazhab Jafari atau syiah di Turki, Selahattin Ozgunduz mengumumkan dalam khutbah Jumaatnya pada 3 Disember lalu bahawa Recep Tayyip Erdogan, bersama-sama sejumlah ahli parlimen dari parti AK dan menteri kabinet akan menyertai majlis Asyura pada 16 Disember 2010 ini di Meydan Ashura, Halkalı. Hal ini tidaklah mengejutkan, kerana pada tahun lalu ketua parti pembangkang di Turki menerusi parti CHP, iaitu Deniz Baykal, bersama-sama bekas menteri kebudayaan Namık Kemal Zeybek, Datuk Bandar Turki dari parti AK, Abdul Kadir Topbaş, dan Datuk Bandar Şişli, Mustafa Sarıgül, termasuklah Mufti Istanbul, Mustafa Çağırıcı, telah pun menghadiri majlis asyura yang sama. Erdogan yang tidak dapat menghadiri majlis asyura ketika itu bagaimanapun mengutus sepucuk surat yang dinamakan “Surat Muharram 10”.
Antara isi kandungan surat tersebut menekankan kepedihan dan kedukaan kaum muslimin atas kesyahidan Saidina Husin. Erdoğan menegaskan mesej besar dari sambutan Asyura adalah untuk membolehkan seluruh umat Islam memahami bahawa tragedi Karbala, menjadi lambang pengorbanan, keadilan dan kebenaran menentang tirani, despotisme and pengkhianatan. Erdogan menegaskan supaya umat Islam bersatu dan berazam untuk memahami satu sama lain. Maka kekuatan sesama sendiri dapat dijadikan asas untuk berdepan dengan musuh. Erdogan menamatkan surat beliau dengan ayat, “Peristiwa 10 Muharram adalah rujukan kita dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran.”
Majlis asyura masyarakat syiah Turki mendapat perhatian besar sejak beberapa tahun lalu memandangkan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO mengiktirafnya sebagai ‘majlis Asyura contoh yang unik’.

Sejak parti AK berkuasa, masyarakat syiah di Turki menikmati ‘kebebasan yang lebih’. Tanggapan selama ini bahawa penduduk Turki adalah 99 peratus sunni adalah salah. Sebahagian besar Turki hari ini merupakan wilayah Parsi yang dirampas ketika era Othmaniyyah. Jika kita ke Anatolia, terdapat sisa-sisa masyarakat syiah misalnya di Bektash. Masyarakat syiah di Turki berjumlah kira-kira 15 ke 20 juta orang dan sering disalahertikan (seperti di Malaysia) sebagai masyarakat sesat dan dilabelkan sebagai Alawi (kumpulan yang menuhankan Imam Ali).
Seperti yang umum ketahui perlembagaan sekular Turki melarang wanita berhijab dari menyertai kerajaan, mendapat pekerjaan sebagai penjawat awam, dan wanita yang bertudung juga dilarang masuk universiti atau ke sekolah. Masyarat sunni Hanafi di Turki kebanyakannya selama ini tunduk kepada undang-undang tersebut (menurut mereka ia dilakukan sebagai maslahah) dan sesetengah muslimah sanggup menanggalkan kerudung demi untuk melangkah masuk ke menara gading. Akan tetapi masyarakat syiah di Turki bertegas untuk tidak bertolak ansur dalam hal tersebut. Wanita syiah Turki memilih untuk tidak ke universiti, tidak mencampuri urusan politik dan memilih menjadi masyarakat underground yang senyap (dua foto wanita syiah Turki). Ekoran dari itu komuniti syiah sedikit ketinggalan. Apabila parti AK muncul di bawah Erdogan, terdapat tanda-tanda Erdogan seorang yang moderat dan boleh bertolak ansur dengan syiah. 20 juta masyarakat syiah Turki inilah yang membolehkan Erdogan berkuasa di Turki. Mereka mengundi AK parti secara penuh.
Pun setelah Erdogan memerintah, masyarakat syiah Turki kurang mahu terlibat dan menonjol diri. Ini kerana Erdogan masih dikaitkan dengan imej lembut terhadap barat. Pendirian parti AK untuk menyertai Kesatuan Eropah dan hubungan baik Erdogan dengan Presiden Bush menimbulkan rasa jengkel. Tambahan pula bukanlah rahsia, Erdogan adalah anak didik Fethullah Gulen (Gerakan Gulen) seorang tokoh Islam yang kini bermukim di Texas, Amerika Syarikat. Stail Gulen diketahui sangat selesa, iaitu menyentuh Islam pada hal-hal permukaan, membincangkan sirah nabi Muhammad secara terpilih dan menekankan dialog dengan Barat.
Namun hari ini, masyarakat syiah Turki semakin gigih keluar dari kepompong mereka. Terdapat tiga sebab besar mengapa ini berlaku.
Pertama, Erdogan sudah mula menjauhi Fethullah Gulen. Hal ini dapat dilihat menerusi insiden berdarah 31 Mei 2010 di atas feri Mavi Marmara. Gulen hoca adalah antara orang yang menentang hebat tindakan menghantar feri tersebut ke Gaza, dan Gulen menyalahkan kerajaan Erdogan sebagai bertanggungjawab terhadap tragedi yang menyebabkan sejumlah aktivis keamanan berbangsa Turki terbunuh. Erdogan tidak mengendahkan sama sekali kritikan guru spiritualnya, Fethullah Gulen. Malah jauh sebelum itu, jika kita masih ingat, pada Januari 2009, Erdogan telah menyerang Presiden Israel, Shimon Peres dalam satu forum di Davos. Kata Erdogan, “Bila tiba bab membunuh, kau memang tahu bagaimana cara berkesan untuk membunuh.” Beliau kemudian bangun lalu mengatakan, “Dan dengan itu juga Davos berakhir untuk saya.” Peristiwa bersejarah itu berlaku ekoran David Ignatius, moderator forum tersebut memberi banyak masa untuk Peres mempertahankan tindakannya mengganyang Gaza pada hujung 2008 dan awal 2009. Erdogan yang naik berang mengatakan, “Aku hanya dibenarkan bercakap sekejap, tetapi tukang semeblih ini kau benarkan bercakap membela kejahatannya.”
Sekembalinya Erdogan ke Istanbul, beliau diberi sambutan hangat sebagai wira. Dr Ahmadinejad kemudian menghubungi Erdogan untuk mengucap tahniah dan menjemput Erdogan ke Tehran untuk bertemu pemimpin agung Iran Ayatullah Ali Khamenei selain menerima pingat keamanan tertinggi dari kerajaan Iran.
Kedua, antara sebab mengapa masyarakat syiah Turki semakin mengukuh ialah kerana pengaruh Iran yang semakin kuat di rantau Timur Tengah. Ini termasuklah dalam isu hak pembangunan nuklear Iran. Tenaga dan semangat Ahmadinejad, berserta kemenangan Hezbullah ke atas Israel dalam perang musim panas 2006 menjadikan masyarakat syiah di Turki semakin berani menzahirkan diri. Untuk mengimbangi pengaruh Iran, tidak dapat tidak, Turki di bawah Erdogan harus samada, menyaingi Iran atau menjadikan Iran sebagai kawan. Erdogan bertindak bijak dengan memilih jalan untuk menjadikan Iran sebagai kawan. Bukankah kedua-duanya sama muslim dan mewakili tamadun umat Islam yang besar dan bersejarah? Hal ini paling ketara apabila melihat Erdogan menjadi jurucakap Iran dalam mempertahankan hak republik tersebut membangunkan kuasa nuklearnya. Meski ditekan Amerika, Erdogan nampaknya berkeras bahawa Iran layak membangunkan teknologi nuklear tersebut. Malah 16 Mei 2010 lalu, dengan inisiatif Erdogan, termeterai perjanjian ‘nuclear fuel swap deal’ antara Iran, Turki dan Brazil. Tayyip Erdogan turut terbang ke Tehran menyertai Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dalam ‘menyelamatkan program nuklear Iran’ dari terus-terusan mengalami stand-off dengan kuasa Barat.
Hal ketiga yang menyebabkan masyarakat syiah Turki bangkit menunjukkan diri mereka selama ini ialah kerana pemimpin agung Iran, Ayatullah Ali Khamenei adalah dari etnik yang sama dengan bangsa Turki. Hakikat bahawa terdapat satu bonding yang kuat antara syiah di Turki dengan Ayatullah Ali Khamenei membolehkan mereka tidak lagi berasa rendah diri dan berasa perlu untuk melibatkan diri dalam masyarakat. Ketika siri lawatan Ahmadinejad ke Istanbul adalah jelas sambutan hangat diberikan kepada beliau. Bukan itu sahaja masyarakat sunni Turki kini lebih memahami apakah dan siapakah syiah Imamiyyah. Asimilasi syiah dalam masyarakat sunni Turki menjadi lebih mudah kerana ketiadaan gerakan wahabi yang berkesan di sana. Turki diketahui memusuhi wahabi dari segi sejarah dan falsafah. Perlu difahami, hanya wahabi sahaja yang menolak, menfitnah, menindas dan melabel syiah secara ekstrim. Adalah sesuatu yang amat baik Wahabi sama sekali ditolak di Turki malah dipandang sebagai penanggungjawab runtuhnya kerajaan Turki Othmaniyyah kerana kerjasama mesra Wahabi, Bani saud dan British selepas Perang Dunia Pertama. Umat Islam sunni Turki pula memiliki kencederungan sufistik di mana tarekat Naqsyabandi dan Qadiri masih berpengaruh. Secara umumnya, gerakan kesufian dan syiah mempunyai banyak titik persamaan. Paling tidak kumpulan sufi memperakukan Imam Ali sebagai wali kutub sedang orang syiah menerima Saidina Ali sebagai imam pertama mereka sesudah kewafatan Rasulullah saw.

(Laporan akhbar-akhbar utama Turki tentang lawatan Ahmadinejad. Antara lain memuji Dr Ahmadinejad kerana bersolat di belakang imam sunni di Masjid Biru)
Terdapat banyak petunjuk bahawa Erdogan semakin mesra dengan syiah Imamiyyah. Selain dari perubahan radikal Turki terhadap Israel dan penglibatan Turki secara aktif dalam isu umat Islam seperti Palestina; kecedenderungan beliau mempertahankan Iran juga membayangkan sesuatu. Membaca gerak permainan Erdogan dan Ahmadinejad membuat kita umat Islam sedikit terhibur. Alangkah baik jika kita beroleh pemimpin yang bijak seperti mereka. Tentu, umat Islam akan beroleh manfaat yang besar dari hubungan baik Turki-Iran ini. Jika Turki mewakili kuasa sunni yang berpengaruh, persaudaraan dengan Iran sebagai kuasa syiah yang utuh pasti menggerunkan musuh Islam. Siapa lagi kalau bukan zionis Israel?
OLEH DR FAISAL TEHRANI
BEBERAPA hari lepas, bekas pelajar ketika saya mengajar di Istanbul menghubungi menerusi skype. Berita paling hangat di Turki mutakhir ini ialah, apakah kemungkinan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang juga kepala parti paling berpengaruh di negara tersebut iaitu Parti AK, telah pun menganut fahaman syiah Imamiyyah.
Khabar ini meski belum disahkan telah bertiup kencang, sejak tokoh masyarakat bermazhab Jafari atau syiah di Turki, Selahattin Ozgunduz mengumumkan dalam khutbah Jumaatnya pada 3 Disember lalu bahawa Recep Tayyip Erdogan, bersama-sama sejumlah ahli parlimen dari parti AK dan menteri kabinet akan menyertai majlis Asyura pada 16 Disember 2010 ini di Meydan Ashura, Halkalı. Hal ini tidaklah mengejutkan, kerana pada tahun lalu ketua parti pembangkang di Turki menerusi parti CHP, iaitu Deniz Baykal, bersama-sama bekas menteri kebudayaan Namık Kemal Zeybek, Datuk Bandar Turki dari parti AK, Abdul Kadir Topbaş, dan Datuk Bandar Şişli, Mustafa Sarıgül, termasuklah Mufti Istanbul, Mustafa Çağırıcı, telah pun menghadiri majlis asyura yang sama. Erdogan yang tidak dapat menghadiri majlis asyura ketika itu bagaimanapun mengutus sepucuk surat yang dinamakan “Surat Muharram 10”.
Antara isi kandungan surat tersebut menekankan kepedihan dan kedukaan kaum muslimin atas kesyahidan Saidina Husin. Erdoğan menegaskan mesej besar dari sambutan Asyura adalah untuk membolehkan seluruh umat Islam memahami bahawa tragedi Karbala, menjadi lambang pengorbanan, keadilan dan kebenaran menentang tirani, despotisme and pengkhianatan. Erdogan menegaskan supaya umat Islam bersatu dan berazam untuk memahami satu sama lain. Maka kekuatan sesama sendiri dapat dijadikan asas untuk berdepan dengan musuh. Erdogan menamatkan surat beliau dengan ayat, “Peristiwa 10 Muharram adalah rujukan kita dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran.”
Majlis asyura masyarakat syiah Turki mendapat perhatian besar sejak beberapa tahun lalu memandangkan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO mengiktirafnya sebagai ‘majlis Asyura contoh yang unik’.

Sejak parti AK berkuasa, masyarakat syiah di Turki menikmati ‘kebebasan yang lebih’. Tanggapan selama ini bahawa penduduk Turki adalah 99 peratus sunni adalah salah. Sebahagian besar Turki hari ini merupakan wilayah Parsi yang dirampas ketika era Othmaniyyah. Jika kita ke Anatolia, terdapat sisa-sisa masyarakat syiah misalnya di Bektash. Masyarakat syiah di Turki berjumlah kira-kira 15 ke 20 juta orang dan sering disalahertikan (seperti di Malaysia) sebagai masyarakat sesat dan dilabelkan sebagai Alawi (kumpulan yang menuhankan Imam Ali).
Seperti yang umum ketahui perlembagaan sekular Turki melarang wanita berhijab dari menyertai kerajaan, mendapat pekerjaan sebagai penjawat awam, dan wanita yang bertudung juga dilarang masuk universiti atau ke sekolah. Masyarat sunni Hanafi di Turki kebanyakannya selama ini tunduk kepada undang-undang tersebut (menurut mereka ia dilakukan sebagai maslahah) dan sesetengah muslimah sanggup menanggalkan kerudung demi untuk melangkah masuk ke menara gading. Akan tetapi masyarakat syiah di Turki bertegas untuk tidak bertolak ansur dalam hal tersebut. Wanita syiah Turki memilih untuk tidak ke universiti, tidak mencampuri urusan politik dan memilih menjadi masyarakat underground yang senyap (dua foto wanita syiah Turki). Ekoran dari itu komuniti syiah sedikit ketinggalan. Apabila parti AK muncul di bawah Erdogan, terdapat tanda-tanda Erdogan seorang yang moderat dan boleh bertolak ansur dengan syiah. 20 juta masyarakat syiah Turki inilah yang membolehkan Erdogan berkuasa di Turki. Mereka mengundi AK parti secara penuh.Pun setelah Erdogan memerintah, masyarakat syiah Turki kurang mahu terlibat dan menonjol diri. Ini kerana Erdogan masih dikaitkan dengan imej lembut terhadap barat. Pendirian parti AK untuk menyertai Kesatuan Eropah dan hubungan baik Erdogan dengan Presiden Bush menimbulkan rasa jengkel. Tambahan pula bukanlah rahsia, Erdogan adalah anak didik Fethullah Gulen (Gerakan Gulen) seorang tokoh Islam yang kini bermukim di Texas, Amerika Syarikat. Stail Gulen diketahui sangat selesa, iaitu menyentuh Islam pada hal-hal permukaan, membincangkan sirah nabi Muhammad secara terpilih dan menekankan dialog dengan Barat.
Namun hari ini, masyarakat syiah Turki semakin gigih keluar dari kepompong mereka. Terdapat tiga sebab besar mengapa ini berlaku.
Pertama, Erdogan sudah mula menjauhi Fethullah Gulen. Hal ini dapat dilihat menerusi insiden berdarah 31 Mei 2010 di atas feri Mavi Marmara. Gulen hoca adalah antara orang yang menentang hebat tindakan menghantar feri tersebut ke Gaza, dan Gulen menyalahkan kerajaan Erdogan sebagai bertanggungjawab terhadap tragedi yang menyebabkan sejumlah aktivis keamanan berbangsa Turki terbunuh. Erdogan tidak mengendahkan sama sekali kritikan guru spiritualnya, Fethullah Gulen. Malah jauh sebelum itu, jika kita masih ingat, pada Januari 2009, Erdogan telah menyerang Presiden Israel, Shimon Peres dalam satu forum di Davos. Kata Erdogan, “Bila tiba bab membunuh, kau memang tahu bagaimana cara berkesan untuk membunuh.” Beliau kemudian bangun lalu mengatakan, “Dan dengan itu juga Davos berakhir untuk saya.” Peristiwa bersejarah itu berlaku ekoran David Ignatius, moderator forum tersebut memberi banyak masa untuk Peres mempertahankan tindakannya mengganyang Gaza pada hujung 2008 dan awal 2009. Erdogan yang naik berang mengatakan, “Aku hanya dibenarkan bercakap sekejap, tetapi tukang semeblih ini kau benarkan bercakap membela kejahatannya.”Sekembalinya Erdogan ke Istanbul, beliau diberi sambutan hangat sebagai wira. Dr Ahmadinejad kemudian menghubungi Erdogan untuk mengucap tahniah dan menjemput Erdogan ke Tehran untuk bertemu pemimpin agung Iran Ayatullah Ali Khamenei selain menerima pingat keamanan tertinggi dari kerajaan Iran.
Kedua, antara sebab mengapa masyarakat syiah Turki semakin mengukuh ialah kerana pengaruh Iran yang semakin kuat di rantau Timur Tengah. Ini termasuklah dalam isu hak pembangunan nuklear Iran. Tenaga dan semangat Ahmadinejad, berserta kemenangan Hezbullah ke atas Israel dalam perang musim panas 2006 menjadikan masyarakat syiah di Turki semakin berani menzahirkan diri. Untuk mengimbangi pengaruh Iran, tidak dapat tidak, Turki di bawah Erdogan harus samada, menyaingi Iran atau menjadikan Iran sebagai kawan. Erdogan bertindak bijak dengan memilih jalan untuk menjadikan Iran sebagai kawan. Bukankah kedua-duanya sama muslim dan mewakili tamadun umat Islam yang besar dan bersejarah? Hal ini paling ketara apabila melihat Erdogan menjadi jurucakap Iran dalam mempertahankan hak republik tersebut membangunkan kuasa nuklearnya. Meski ditekan Amerika, Erdogan nampaknya berkeras bahawa Iran layak membangunkan teknologi nuklear tersebut. Malah 16 Mei 2010 lalu, dengan inisiatif Erdogan, termeterai perjanjian ‘nuclear fuel swap deal’ antara Iran, Turki dan Brazil. Tayyip Erdogan turut terbang ke Tehran menyertai Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dalam ‘menyelamatkan program nuklear Iran’ dari terus-terusan mengalami stand-off dengan kuasa Barat.
Hal ketiga yang menyebabkan masyarakat syiah Turki bangkit menunjukkan diri mereka selama ini ialah kerana pemimpin agung Iran, Ayatullah Ali Khamenei adalah dari etnik yang sama dengan bangsa Turki. Hakikat bahawa terdapat satu bonding yang kuat antara syiah di Turki dengan Ayatullah Ali Khamenei membolehkan mereka tidak lagi berasa rendah diri dan berasa perlu untuk melibatkan diri dalam masyarakat. Ketika siri lawatan Ahmadinejad ke Istanbul adalah jelas sambutan hangat diberikan kepada beliau. Bukan itu sahaja masyarakat sunni Turki kini lebih memahami apakah dan siapakah syiah Imamiyyah. Asimilasi syiah dalam masyarakat sunni Turki menjadi lebih mudah kerana ketiadaan gerakan wahabi yang berkesan di sana. Turki diketahui memusuhi wahabi dari segi sejarah dan falsafah. Perlu difahami, hanya wahabi sahaja yang menolak, menfitnah, menindas dan melabel syiah secara ekstrim. Adalah sesuatu yang amat baik Wahabi sama sekali ditolak di Turki malah dipandang sebagai penanggungjawab runtuhnya kerajaan Turki Othmaniyyah kerana kerjasama mesra Wahabi, Bani saud dan British selepas Perang Dunia Pertama. Umat Islam sunni Turki pula memiliki kencederungan sufistik di mana tarekat Naqsyabandi dan Qadiri masih berpengaruh. Secara umumnya, gerakan kesufian dan syiah mempunyai banyak titik persamaan. Paling tidak kumpulan sufi memperakukan Imam Ali sebagai wali kutub sedang orang syiah menerima Saidina Ali sebagai imam pertama mereka sesudah kewafatan Rasulullah saw.

(Laporan akhbar-akhbar utama Turki tentang lawatan Ahmadinejad. Antara lain memuji Dr Ahmadinejad kerana bersolat di belakang imam sunni di Masjid Biru)Terdapat banyak petunjuk bahawa Erdogan semakin mesra dengan syiah Imamiyyah. Selain dari perubahan radikal Turki terhadap Israel dan penglibatan Turki secara aktif dalam isu umat Islam seperti Palestina; kecedenderungan beliau mempertahankan Iran juga membayangkan sesuatu. Membaca gerak permainan Erdogan dan Ahmadinejad membuat kita umat Islam sedikit terhibur. Alangkah baik jika kita beroleh pemimpin yang bijak seperti mereka. Tentu, umat Islam akan beroleh manfaat yang besar dari hubungan baik Turki-Iran ini. Jika Turki mewakili kuasa sunni yang berpengaruh, persaudaraan dengan Iran sebagai kuasa syiah yang utuh pasti menggerunkan musuh Islam. Siapa lagi kalau bukan zionis Israel?
Friday, 29 October 2010
AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT
Kajian para sainstis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun, amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
1. Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5. Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
6. Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
• Tekanan darah tinggi 30 hari.
• Gastrik 10 hari
• Diabetis 30 hari
• Sembelit 10 hari
• Kanser 18 hari
• Tibi 90 hari
7. Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan
Ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
• Demikian, berusahalah tidur lena. Jangan tidur pada lewat malam.
Sumber:Kem Pembangunan Kekeluargaan Wanita.
http://halaqah.net

Thursday, 28 October 2010
TUALA WANITA YANG DISYORKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Cool Gurls - Sanitary Pad Yang Pertama Kali Diperolehi Dari U.S.A FDA CertificationAssalamualaikum pembuka bicara...
Mengapa wanita masih guna pad ( tuala wanita ) berkualiti rendah?
ANTARANYA:
1. Kekurangan penerangan dan pendedahan bagaimana punca tuala wanita diperbuat dan kesan-kesan buruk yang akan diterima kepada penggunanya.
2. Tiadanya tuala wanita berkualiti tinggi di pasaran.
3. Memang sejak baligh lagi hinggalah dewasa telah sebati menggunakan tuala wanita sedia ada di pasaran. Itulah yang terbaik dan mudah baginya.
4. Tuala wanita di pasaran jauh lebih murah dan mudah diperolehi di pasaran namun penggunaannya memberi pelbagai kesan sampingan samada dalam jangka masa terdekat atau jangka masa panjang tanpa disedari.
5. Sikap pengguna itu sendiri yang tidak menitikberatkan perihal penjagaan kesihatan.
Kenapa fakta tentang tuala wanita ini penting di ketahui ???
Saya rasa terpanggil dan ingin berkongsi untuk memberitahu semua wanita diluar sana. Ini adalah kerana 80% wanita di luar sana menggunakan produk tuala wanita/pad wanita atau masih kekal dengan produk pad wanita yang diperbuat dari bahan-bahan kitar semula atau 'SURAT KHABAR LAMA'.
Jenama terkenal yang selalu anda gunakan yang bermula dengan 'K****..' itu juga diperbuat dari bahan kitar semula yang mempunyai banyak kesan sampingan..dan byk lg yg lain.
Kalau masih tidak tukar tu biasalah pasal nak tukar kepada benda baru memang SUSAH dan LIAT..nak-nak pulak kepada yang lebih baik dan bagus. Sehinggalah ada yang mula mengidap penyakit barulah kelam kabut. Masa tu duit banyak pun dah tak berguna lagi...kannn...!!!!
Banyak kebaikannya bila ahli keluarga anda pakai dan gunakan tuala wanita yang berkualiti ini. Mereka yang menggunakan sahaja yang tahu akan kelebihan tuala wanita COOL GURLS ini. Ini bukan tuala wanita yang 'BEREMPAH' atau ada ubatan tradisional atau lebih senangnya yang ada bau macam KAPUR BARUS tu lah, bahan yang buat kapan orang mati. Pada pemakai COOL GURLS ini mereka akan mengatakan ”wahhh sejuknya....,ada AIR COND la '.Tak caya cuba try test...baru tau..

Yang pertama kali diperolehi dari U.S.A FDA certification
Mempunyai struktur inovasi 10 lapisan antaranya:
1.Sebatian extrak HERBA yg dperbuat dgn formula ion negatif
2.Tiga dimensi perlindungan kebocoran sekeliling
3.Permukaan kapas natural yg lembut.berdaya serap,selesa dan
sihat
4.Mempercepatkan penyerapan cairan sebanyak 3kali ganda
5.Dilapisi anti debu dgn lapisan bhn kertas polimer
6.Manik manik kristal yg lembut utk menyimpan air yg kuat
7.Dilapisi anti debu dgn lapisan bhn kertas polimer
8.Bernafas bwh membrane,sejuk dan selesa
9.Agen gam keselamatan
10.Pelepasan kertas,sbg dikoyak,tidak mengandungi agen
fluorescent
KERANA UMAIRAH 6
Farizal bertegas menghantar kami pulang ke kampung. Gamat sekali suasana dalam kereta bila kami masing-masing berborak seolah-olah tiada apa-apa yang telah berlaku. Bunyi telefon bimbit mengganggu perbualan kami.
“Siapa, bu? Pak cik Ferhad ekh? Umi nak cakap kejap.” Belum sempat aku menjawab panggilan Umairah sudah memberikan arahan.
Tanpa mempedulikan riak ingin tahu mereka berdua, aku menyambut panggilan, “Assalamualaikum…mimpi ke apa call aku ni? Kat kampung ke ni?”
Salm disambut perlahan. “A’ah, kat kampung. Rindukan kau sampai termimpi-mimpi. Kat ne ni?” Ferhad bercanda.
“Banyak la kau punya rindu! Dalam kereta, on the way nak balik kampung gak. Ni anak aku nak cakap dengan kau jap.” Telefon diserahkan pada Umairah. Umairah galak bercerita dan Ferhad pula senang melayan kerenahnya.
“Siapa tu?” Farizal ingin tahu.
“Kawan sekerja saya, Ferhad. Dia memang baik dengan Umi.” Ringkas aku menerangkan.
“Ai…lain macam je baiknya tu. Dia suka dengan kau tak?”
Aku merenung wajah Farizal. “Suka apa pulak ni? Dia tahu la saya dah ada suami. Takkan dia suka lebih-lebih pulak, tu memang dah tak betul kalau suka isteri orang.”
“Baguslah kalau kau fikir macam tu.” Sedikit dingin nada itu.
“Saya tahu mana had saya, saya isteri orang. Awak cemburu ke?” geram bila terus-terusan dituduh.
“Bukan cemburu tapi aku tak nak orang cakap isteri aku curang kat belakang aku. Tu je.” cuba menafikan. Entah kenapa dia terasa dan gelisah bila ada lelaki lain yang begitu rapat dengan isteri dan anaknya. Selama ni dia tidak terfikir tentang semua ini tapi bila saat itu muncul, dia sedar dia tak suka dengan apa yang berlaku.
“InsyaAllah, selagi saya masih isteri awak yang sah saya akan jaga nama awak, maruah awak tanggungjaab saya. Tak payah bimbanglah. Dia tu memang suka budak-budak.” Malas memanjangkan cerita begini. ‘Kenapa tiba-tiba Pija macam ni?’ Selama ni pun Pija tidak pernah mempersoalkan apa-apa yang berkaitan dengan hubungan mereka sejauh ini.
“Ya la tu. Suka budak-budak ke, suka mak budak?” masih belum berpuas hati dengan jawapan isterinya tadi. Terasa ingin sekali melihat rupa jejaka yang seakan-akan meminati isterinya itu.
“Tak larat nak layan awak. Ikut suka awak la nak cakap apa pun. Yang penting saya tak buat. Kalau betul dia suka dengan saya sekali pun, saya tak boleh halang. Tapi yang pasti saya takkan curang kat belakang awak. Itu janji saya.” Tegas sekali aku membalas.
Farizal terdiam. ‘Kenapa dengan aku ni? Tiba-tiba je rasa tak sedap hati ni kenapa? Kalaulah Khadijah tahu apa yang aku rasa ni mesti dia gelakkan aku. Macam mana boleh tak suka orang kacau dia kalau aku tak pernah suka dia? Aduh, parah ni!’ Farizal terus bermonolog sendiri. Suasana hanya kecoh dengan perbualan antara Farizal dan Umairah, aku hanya menyampuk sekali sekala bila perlu. Sedikit terasa dengan Farizal yang nampaknya mencurigai kesetiaanku selama ini.
Kepulangan kami disambut senang oleh mak. Hairan bila tiba-tiba aku pulang pada cuti sekolah ini, biasanya aku lebih senang bercuti di Sarawak sahaja. Ayahku sudah lama tiada. Teringat ayah Pija juga tinggal sendiri di kampung sebelah. Malamnya kami menjenguk ayahnya. Sepanjang di kampung kami berlagak seperti biasa tanpa tanda-tanda rumah tangga kami dilanda badai.
4 hari di kampung, kami pulang semula ke Taman Maluri, Cheras. Hubungan kami masih dingin seperti selalu. “Kenapa awak tak cakap dengan mak, dengan ayah pasal awak nak kawen?” aku memulakan tajuk tidak selamat antara kami.
“Kenapa? Kau dah tak sabar nak kena cerai ke? Senanglah nanti kau nak bercinta dengan mamat tu, ya?” Sengaja menguji isterinya.
Aku terus menarik selimut menutupi wajah. Bosan asyik dituduh.
“Ai…terus nak tidur? Betul la tu, kan?” masih mahu menduga.
Entah kenapa aku terasa sangat dengan Pija kali ini. Tanpa sedar aku sudah teresak kecil. Farizal yang menyedariku menangis terkejut. “Dah la tu, Ja. Aku gurau jelah. Aku tahu kau bukan macam tu, tapi aku geram bila kau tanya macam tu tadi. Macam kau nak sangat aku tinggalkan kau.”
“Ja, saya memang tak pernah cintakan awak tapi saya sayangkan awak selayaknya isteri sayangkan suami. Awak tak berhak tuduh saya macam tu. Saya tak kata apa-apa pun pasal awak dengan Lizzy. Yang awak nak marah tak tentu pasal ni, kenapa? Cuba cakap, kita selesaikan sebelum benda ni tambah kusut.” Aku cuba berdiplomasi.
Tersentak mendengar luahan tulus sang isteri. “Entahlah, Ija. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku tak suka kau rapat dengan mana-mana lelaki, tu je.” serba salah dia menerangkan.
“Okay, saya gaku saya salah. Kalau awak tak suka sangat, saya takkan rapat dengan dia lagi, boleh?”
Tersenyum. “Dahlah, aku yakin dengan kau, Cuma aku pun tak tau kenapa aku boleh emosi lak malam ni. Jomlah tidur, esok nak kerja.”
Aku pulang semula ke Miri dengan perasaan bahagia. Melihat layanan Farizal terhadap Umairah sudah cukup memuaskan hatiku. Tiada lain yang kupinta dalam doaku saban hari kecuali Pija menerima anaknya. Kalau dulu Pija tak pernah menelefon, makin kerap dia bertanya khabar Umi. Malah Umi sudah mula pandai bercerita panjang dengan Pija, sudah pandai bergelak ketawa. Kuharap semua ini akan berkekalan selamanya.
Aku membuat permohonan untuk kembali ke Kuala Lumpur kerana aku yakin sudah sampai masanya Umairah berada di samping Farizal. Kalau pun kami bercerai nanti, Umairah akan sentiasa dekat dengan babanya, tidaklah terpinggir sangat Umi nanti. Permohonan diluluskan. Aku sudah memaklumkan pertukaranku kepada Farizal. Lama sekali menunggu di lapangan terbang. Akhirnya aku memutuskan untuk pulang sendiri ke rumah. Hingga ke malam aku menanti kepulangan Pija, namun tak kunjung tiba. Gelisah sendiri namun aku mengingatkan diriku mungkin dia sedang bersama Lizzy, maklumlah kan, orang bercinta. Biasa la tu. Terkenang percintaan Pija dan Mira.
Teringat dulu betapa aku dan Pija selalu bergaduh. Aku memang tak dapat terima bila Pija menghulurkan salam percintaan dan Mira menyambutnya dengan senang hati. Terasa seolah-olah aku telah kehilangan teman seperjuangan.
Pernah sekali kami bergaduh hanya kerana dia datang menjemputku untuk ke rumah Mira. “Buat apa kat sini?” pelik melihat dia terpacak di depan rumahku.
Wajah pelik Ija dipandang. “Jemput kau la...apa lagi?” Eiiii...minah ni kalau tak lawan cakap aku memang tak sah.
Dahi dikerutkan. “Jemput aku? Mana yang lain? Aku tak nak naik kereta dengan kau.” Takkan kot? Iskh...saje je nak kenakan aku ni si Mira ni, dah tau aku tak suka gan mamat ni, suruh datang jemput aku buat apa?
“Eh, kau boleh tak jangan cakap banyak? Naik jelah, senang kerja aku. Aku pun tak ingin nak jemput kau kalau bukan Mira yang paksa aku datang tau? So, jangan nak mengada.” Haaa...kan dah kena? Tak suka betul perempuan leceh macam ni. Nasib la sape dapat minah ni nanti, jenuh nak pujuk! Berentam hari-hari mana tahan.
Aku menjengilkan mata. Tak suka betul, dah la tak ikhlas cakap depan-depan pulak tu. Geramnya aku!!!! “Eh, suka hati aku la nak ikut ke tak nak. Dah, kau balik je dulu...nanti aku cakap dengan Mira. Terima kasihlah ye...susahkan kau je.” Sedikit menyindir.
“Lantak kaulah Ija, nak pergi ke tak nak ke...yang penting aku dah jalankan kerja aku.” Daripada layan si Ija ni, baik aku blah sebelum isu perbalahan ni lebih hangat. Takut nanti kang ada jugak yang makan penampor aku nanti, nanya je!
Bila dikenang kembali, lucu pulak! Tu bab bergaduh, babak lain pulak antaranya aku masih ingat tergiang-giang di telingaku Kak Indah meyuruhku menasihati Mira. Namun, aku tak hiraukan semua tu. Aku betul-betul kecewa, alasanku cukup mudah. Dia sudah terlalu faham untuk dinasihatkan.
Hari raya tahun pertama di universiti aku diajukan soalan begini. Tak kuduga pertemuan singkat ini membawa kepada persoalan besar begini. “Ija...akak dengar Mira kapel dengan Pija. Betul ke? Akak tak salah dengar kan?” Kak Indah sudah kuanggap macam adik beradik. Keakraban kami bertiga sudah diketahui umum. Maklumlah kami bertiga housemate, satu sekolah pulak tu masa sekolah menengah.
“Mana akak tahu benda ni?” sedikit kaget bila diaju pertanyaan begitu. Pelik pun ada, tak kan Mira bagitahu kot? Musykil betul aku!
“Benda buruk, fitnah macam ni memang cepat tersebar. Hari tu akak terserempak Mira dengan Pija makan sama, tapi ada Ika sekali la. Akak betul-betul tak sangka.” Mendengar begitu, aku terkenang pertanyaan kaan-kawan lain tentang Mira.
“Eh Ija...Mira dengan Pija ekh sekarang ni?” pertanyaan pertama dari teman-teman.
“Mana korang tahu benda ni semua?” terkejut aku dibuatnya. Tak sangka dia orang boleh perasan pulak.
“Alah...dah banyak kali kami terserempak dia orang makan sekali, lepak kat depan tasik, pergi mana-mana pun mesti dengan Pija. Betul la tu, kan?” akhirnya aku hanya senyap seribu bahasa, mengiyakan tidak, menafikan pun tidak. Terpulang pada penilaian masing-masing. Malas nak cerita panjang-panjang. Buat sakit hati je, malu pun ada.
Wajah Kak Indah kembali menjelma. “Entah la kak. Ija malas nak tegur. Biarlah akak nak cakap apa pun. Orang kalau dah mabuk bercinta, dah tak nampak lagi dah mana halal haram. Rasanya dalam hal ni akak lebih layak tegur kot. Mesti dia malu dengan akak.”
Kak Indah meminta diri untuk pulang, maklumlah hari raya. Sempat lagi dia pesan. “Akak rasa Ija lebih layak, Ija kan rapat dengan dia. Nanti kalau akak cakap dia malu je tapi tak beri kesan apa-apa, baik tak payah. Ija kena cakap baik-baik dengan dia.” Tangan dihulur. Salamnya kusambut.
Ingatanku melayang lagi pada suatu malam. Aku mencari-cari masa yang sesuai untuk menegur. Alang-alang topic malam tu mengarah ke arah itu, aku terus cucuk jarum. Macam-macam dia orang komen, kritik pasal budak-budak universiti. Pasal keluar malam, pasal universiti ada kelab tarian, kelab koir dan macam-macam lagilah. Malah, majlis rasmi diselangi dengan pantun melebihi bacaan al-Quran. Tarian zapin dan tradisional lain menjadi penghias majlis sedangkan universiti kami berstatus universiti Islam. Sehingga memburukkan nama universiti pada pandangan masyarakat sekeliling.
Aku menyampuk, “Polisi universiti tu dah satu hal. Yang budak-budak keluar malam tu pun satu hal. Tapi aku rasa isu ni kadang-kadang ibarat meludah ke langit. Yang budak-budak bercinta keluar dating, naik kereta sama semua tu, salah gak. Macam mana pelajar agama macam kita boleh terlupa adat pergaulan lelaki perempuan? Semua tu memburukkan lagi imej universiti.”
Semua terus senyap. Yalah, asyik sangat dok mengata orang lain. Diri sendiri tak nak tengok. Rata-rata yang dok menyibuk tadi tu bercinta sakan sampai balik kampung pun berdua dengan kekasih. Yang parah lagi guna alasan tunang. Ada apa dengan bertunang? Setakat bertunang tak menghalalkan apa yang haram sebelum kahwin. Betullah pesan Nabi s.a.w pada akhir zaman nanti ramai yang masuk Islam ibarat buih-buih di lautan, sekali datang ombak hilanglah buih tadi. Nauzu billahi min zalik.

Friday, 22 October 2010
KERANA UMAIRAH 5
Perjalanan dari Miri ke Kuala Lumpur kurasakan terlalu lama. Mungkin kerana sudah lama aku tidak menjejakkan kaki ke bumi Semenanjung. Tapi kali ini aku pulang awal, tidak seperti selalu. Setelah selesai semua urusan di KLIA, aku terus menaiki bas, tukar menaiki Komuter di Nilai ke Bandar Tasik Selatan. Kemudian terus mengambil bas ke rumah Farizal. Kunci penduanya ada padaku untuk memudahkan pergerakanku apabila di rumah Farizal. Pija jarang meluangkan masa bersama kami. Aku pasti sangat dia tidak selesa dan sedang melarikan diri dari kami.
Tangan Umairah kupimpin. Dalam masa yang sama, aku menjinjit beg pakaian kami berdua. Aku perhatikan keadaan rumah. Nampak seperti tiada orang. Hari Ahad pun kerja ke? Ke dia outstation? Perlahan-lahan aku membuka pintu. Mengamati ruang tamu dan dapur yang berselerak menyebabkan aku sedikit bersimpati dengan Pija. Lelaki bujanglah katakan, bersepah!
Setelah puas meninjau keadaan rumah, aku mengemas rumah dan menaiki kereta yang sudah sekian lama tersadai di laman menanti kepulanganku untuk keluar membeli barang keperluan yang nampaknya tiada satu apa pun untuk di masak. Perut sudah berkeroncong. Kereta Myvi putih ini memang Pija sediakan sebagai kemudahan aku apabila pulang ke Kuala Lumpur, senang kerana tidak perlu menyusahkan dia yang memang tiada masa untk kami. Umairah bermain seorang diri di ruang sambila aku memasak hidangan tengah hari. Terdengar bunyi kereta berhenti di laman.
Umairah berkejar membuka pintu kerana menyangka babanya pulang. Kuperlahankan api lantas ke muka pintu. Sebuah kereta mewah tersergam di laman. Keluar seorang gadis muda yang tidak kukenali disusuli oleh Pija. Kami sama-sama terkejut. Aku tersenyum manis menyambut kepulangan Pija dan tetamuku ini.
Lantas tangan Pija kusambut untuk bersalam. “Bila balik?” pertanyaan pertama dari Farizal.
Langkah diatur ke ruang tamu. Umairah kutarik rapat ke sisi setelah dia menyalami tangan babanya. “Baru je, dah makan? Saya tengah masak, kejap lagi kita makan sekali, ya. Siapa ni?”
Sedikit teragak-agak Pija menjawab. Belum sempat dia membuka mulut, gadis manja di sebelahnya menyampuk. “You ni sape lak?”
Aku ingin menjawab sebelum dipotong Farizal. “Dia ni adik sepupu I yang kerja kat Sarawak. Ni baru balik, singgah rumah I dulu.”
Tergamam sekejap sebelum otakku berjaya menafsir mesej yang cuba disampaikan Pija yang gelisah di sebelah gadisnya. Tersenyum, “Yang ni sape, Ja? Makwe ekh?” cukup selamba aku bertanya kembali.
Sekali lagi gadis itu menyampuk. “I Lizzy. You tak bagitahu keluarga you ke pasal kita? Patutlah selalu berdalih tak nak bawak I jumpa family you.” Penuh manja dan nada itu sedikit merajuk kedengaran di telingaku. Huluran tanganku disambut dingin.
Tanpa perlu menunggu lama, aku menyampuk, “Duduklah dulu, ya. Saya nak tengok lauk, nanti hangit pulak. Nak minum apa-apa?” panas jugak dengan kedinginan gadis ini, namun senyuman masih dileretkan, tetamu kan?
“Fresh orange, please. Tak nak banyak ais, sedang-sedang je.”
Umairah yang hanya diam dari tadi membontotiku ke dapur. Keluar semula menghantar minuman kepada Pija dan Lizzy. “Ija, aku nak keluar kejap. Malam nanti baru balik.”
Mangangguk faham.
Aku menanti kepulangan Farizal malam itu dengan penuh debaran di dada. Umairah yang sudah terlentok aku angkat dan menidurkannya di atas katil. Selimut ditarik menutupi tubuhnya. Sebak dan kecewa dengan apa yang berlaku. Takut memikirkan dia takkan pernah jadi milik kami selama-lamanya.
Keluar menunggu Farizal di laman. Pukul 12 malam baru Pija sampai di rumah. Aku sudah nekad untuk berbincang denganya. Aku takkan dapat tidur selagi semua kekusutan ini tidak terungkai. Langkah lesu Pija kusambut dengan senyuman. Menghulurkan segelas air kepadanya, biarlah dia melepaskan lelah dulu.
Air diteguk sampai habis. “Dah makan?”
Berpaling menghadapku. “Dah, Umi mana?”
“Dia dah tidur. Tadi dia nak tunggu awak, tapi penat sangat sampai tertidur. Esok kerja tak?” sekadar membuka peluang bicara.
“Kerja. Kenapa duduk kat luar ni? Sejuk-sejuk macam ni nanti demam pulak kena embun.” Pija seolah-olah prihatin denganku.
“Tak boleh nak tidur, dalam tu panas pulak. Tu yang ambil angin kat luar.” Senyap.
“Jom masuk tidur.” Dia bangun, aku munurut dari belakang.
Semasa aku masuk ke dalam bilik, Pija sudah menarik selimut ke paras dada, mata terpejam. “Dah tidur?”
Matanya terbuka. “Belum.” Aku memanjat katil, mengambil tempat di sebelahnya.
“Boleh saya cakap sikit? Tapi kalau awak penat sangat, esok ajelah.”
“Kau nak cakap pasal Lizzy tadi kan?” selamba sahaja dia bertutur.
“Ja, awak tahu kan? Saya tak pernah halang awak kawan dengan siapa je. Dan saya takkan halang awak kahwin lain.” Selembut mungkin aku meluahkan.
“Aku tahu tapi aku dah terlanjur sayang dengan dia, dan aku rasa kami serasi bersama. Aku minta maaf tak bagitahu kau awal-awal pasal ni. Aku yakin kau faham, kan?” angguk. “Umi dah ada kau, aku takkan ambil dia balik.”
Tercengang tidak faham. “Maksud kau?”
Keluhan terlepas. “Tadi aku dah terus terang dengan dia pasal kita, aku propose dia sekali dan dia terima. Dia tak kisah asalkan kita bercerai dan dia tak nak Umi tinggal dengan kami nanti.”
Setitis air mata keluar jua. “Ja, saya tak kisah kita bercerai tapi awak tak boleh abaikan Umi macam tu je. Dia anak awak, Ja. Sanggup awak buang dia macam tu sekali?”
Tanganku diraih. Aku cuba menarik, namun genggaman Pija terlalu kejap. “Kau pun tahu kan aku tak boleh jaga dia? Kau lebih berhak jaga dia. Aku tahu kau pun mesti tak nak berpisah dengan dia, kan?”
Angguk. “Ya, memang saya tak sanggup tapi saya rasa semua ni tak adil buat Umi. Awak tahu tak kenapa saya balik sini?” Geleng. “Sebab dia merungut awak tak sayangkan dia. Jadi saya fikir kedatangan kami ke sini akan mengubah hati awak. Tapi saya betul-betul tak sangka penantian saya selama 5 tahun ni sia-sia je.”
Dia ingin mencelah tapi aku memotong. “Malam ni biarkan saya bercakap. Esok saya dah nak balik kampung, tak tahu bila lagi dapat bincang dengan awak.”
Dia sedikit terkejut. “Balik dengan siapa? Kenapa tak bagitahu aku awal-awal?” sedikit terasa bila Ija tidak minta izin darinya seperti selalu. Ada rasa kurang senang bertandang.
“Tak pe, saya balik dengan Umi je. Pasal kita awak jangan bimbang, saya akan terangkan pada keluarga kita.”
“Nak balik dengan apa?” masih belum berpuas hati.
“Dengan kereta kot, tak sempat nak beli tiket.”
“Tak boleh, aku tak izinkan. Kita balik lusa. Aku hantar, aku pun dah lama tak balik. Nanti apa pulak orang kata kalau kau balik sorang.”
“Penting ke apa orang kata?” sengaja menimbulkan persoalan.
Dia hanya terdiam. “Ja, saya tak suka paksa awak buat apa yang awak tak suka. Awak dah cukup besar untuk fikir dengan waras. Selagi saya isteri awak, saya akan patuh. Awak tetap nakhoda dalam rumah tangga kita. Kalau ada kesilapan, kita sama-sama betulkan. Cuma saya tak nak awak ulang balik kesilapan awak yang dulu.” Selimut ditarik. Lampu dimatikan. Biar dia betul-betul faham apa yang ingin kusampaikan. Malas bertekak.
Seperti biasa, pakaian kerjanya aku sediakan sebelum menuju ke dapur menyiapkan sarapan. Pija makan dengan diam. Umairah cuba bermesra. Cukup gembira apabila babanya menyuruh Umairah menyuapkan nasi goreng ke mulutnya. Terdengar Umi terkekek ketawa kegelian bila babanya menggeletek Umi sebagai denda menumpahkan nasi ke seluarnya. Terkaku seketika melihat drama sebabak di depan mata. Kenapa tiba-tiba dia berubah? Mendadak sungguh! Bergenang air mataku terharu. Senang dengan perubahan Pija. Mungkin apa yang aku katakan malam tadi memberi kesan pada Farizal.
“Umi, suap elok-elok, nak. Jangan tumpahkan nasi kat baju baba.” Sedikit beramaran kepada anak gadis Farizal.
“Alah, tak pe. Kalau kotor nanti ibu boleh gosokkan baju baru untuk baba, kan?” menarik Umi ke pelukan. Terpingga-pingga sebentar namun Umairah ketawa bila terasa Farizal cuba mewujudkan kemesraan antara mereka. Aku sedikit hairan dengan kemesraan yang ditonjolkan Farizal pagi ini. Mungkin dia ingin bermesra buat kali terakhir dengan kami, biarlah. Satu perubahan mendadak yang pelik pada pengamatanku.
Subscribe to:
Posts (Atom)