Thursday, 28 October 2010

KERANA UMAIRAH 6

Farizal bertegas menghantar kami pulang ke kampung. Gamat sekali suasana dalam kereta bila kami masing-masing berborak seolah-olah tiada apa-apa yang telah berlaku. Bunyi telefon bimbit mengganggu perbualan kami.

“Siapa, bu? Pak cik Ferhad ekh? Umi nak cakap kejap.” Belum sempat aku menjawab panggilan Umairah sudah memberikan arahan.

Tanpa mempedulikan riak ingin tahu mereka berdua, aku menyambut panggilan, “Assalamualaikum…mimpi ke apa call aku ni? Kat kampung ke ni?”

Salm disambut perlahan. “A’ah, kat kampung. Rindukan kau sampai termimpi-mimpi. Kat ne ni?” Ferhad bercanda.

“Banyak la kau punya rindu! Dalam kereta, on the way nak balik kampung gak. Ni anak aku nak cakap dengan kau jap.” Telefon diserahkan pada Umairah. Umairah galak bercerita dan Ferhad pula senang melayan kerenahnya.

“Siapa tu?” Farizal ingin tahu.

“Kawan sekerja saya, Ferhad. Dia memang baik dengan Umi.” Ringkas aku menerangkan.

“Ai…lain macam je baiknya tu. Dia suka dengan kau tak?”

Aku merenung wajah Farizal. “Suka apa pulak ni? Dia tahu la saya dah ada suami. Takkan dia suka lebih-lebih pulak, tu memang dah tak betul kalau suka isteri orang.”

“Baguslah kalau kau fikir macam tu.” Sedikit dingin nada itu.

“Saya tahu mana had saya, saya isteri orang. Awak cemburu ke?” geram bila terus-terusan dituduh.

“Bukan cemburu tapi aku tak nak orang cakap isteri aku curang kat belakang aku. Tu je.” cuba menafikan. Entah kenapa dia terasa dan gelisah bila ada lelaki lain yang begitu rapat dengan isteri dan anaknya. Selama ni dia tidak terfikir tentang semua ini tapi bila saat itu muncul, dia sedar dia tak suka dengan apa yang berlaku.

“InsyaAllah, selagi saya masih isteri awak yang sah saya akan jaga nama awak, maruah awak tanggungjaab saya. Tak payah bimbanglah. Dia tu memang suka budak-budak.” Malas memanjangkan cerita begini. ‘Kenapa tiba-tiba Pija macam ni?’ Selama ni pun Pija tidak pernah mempersoalkan apa-apa yang berkaitan dengan hubungan mereka sejauh ini.

“Ya la tu. Suka budak-budak ke, suka mak budak?” masih belum berpuas hati dengan jawapan isterinya tadi. Terasa ingin sekali melihat rupa jejaka yang seakan-akan meminati isterinya itu.

“Tak larat nak layan awak. Ikut suka awak la nak cakap apa pun. Yang penting saya tak buat. Kalau betul dia suka dengan saya sekali pun, saya tak boleh halang. Tapi yang pasti saya takkan curang kat belakang awak. Itu janji saya.” Tegas sekali aku membalas.

Farizal terdiam. ‘Kenapa dengan aku ni? Tiba-tiba je rasa tak sedap hati ni kenapa? Kalaulah Khadijah tahu apa yang aku rasa ni mesti dia gelakkan aku. Macam mana boleh tak suka orang kacau dia kalau aku tak pernah suka dia? Aduh, parah ni!’ Farizal terus bermonolog sendiri. Suasana hanya kecoh dengan perbualan antara Farizal dan Umairah, aku hanya menyampuk sekali sekala bila perlu. Sedikit terasa dengan Farizal yang nampaknya mencurigai kesetiaanku selama ini.

Kepulangan kami disambut senang oleh mak. Hairan bila tiba-tiba aku pulang pada cuti sekolah ini, biasanya aku lebih senang bercuti di Sarawak sahaja. Ayahku sudah lama tiada. Teringat ayah Pija juga tinggal sendiri di kampung sebelah. Malamnya kami menjenguk ayahnya. Sepanjang di kampung kami berlagak seperti biasa tanpa tanda-tanda rumah tangga kami dilanda badai.

4 hari di kampung, kami pulang semula ke Taman Maluri, Cheras. Hubungan kami masih dingin seperti selalu. “Kenapa awak tak cakap dengan mak, dengan ayah pasal awak nak kawen?” aku memulakan tajuk tidak selamat antara kami.

“Kenapa? Kau dah tak sabar nak kena cerai ke? Senanglah nanti kau nak bercinta dengan mamat tu, ya?” Sengaja menguji isterinya.

Aku terus menarik selimut menutupi wajah. Bosan asyik dituduh.

“Ai…terus nak tidur? Betul la tu, kan?” masih mahu menduga.

Entah kenapa aku terasa sangat dengan Pija kali ini. Tanpa sedar aku sudah teresak kecil. Farizal yang menyedariku menangis terkejut. “Dah la tu, Ja. Aku gurau jelah. Aku tahu kau bukan macam tu, tapi aku geram bila kau tanya macam tu tadi. Macam kau nak sangat aku tinggalkan kau.”

“Ja, saya memang tak pernah cintakan awak tapi saya sayangkan awak selayaknya isteri sayangkan suami. Awak tak berhak tuduh saya macam tu. Saya tak kata apa-apa pun pasal awak dengan Lizzy. Yang awak nak marah tak tentu pasal ni, kenapa? Cuba cakap, kita selesaikan sebelum benda ni tambah kusut.” Aku cuba berdiplomasi.

Tersentak mendengar luahan tulus sang isteri. “Entahlah, Ija. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku tak suka kau rapat dengan mana-mana lelaki, tu je.” serba salah dia menerangkan.

“Okay, saya gaku saya salah. Kalau awak tak suka sangat, saya takkan rapat dengan dia lagi, boleh?”

Tersenyum. “Dahlah, aku yakin dengan kau, Cuma aku pun tak tau kenapa aku boleh emosi lak malam ni. Jomlah tidur, esok nak kerja.”

Aku pulang semula ke Miri dengan perasaan bahagia. Melihat layanan Farizal terhadap Umairah sudah cukup memuaskan hatiku. Tiada lain yang kupinta dalam doaku saban hari kecuali Pija menerima anaknya. Kalau dulu Pija tak pernah menelefon, makin kerap dia bertanya khabar Umi. Malah Umi sudah mula pandai bercerita panjang dengan Pija, sudah pandai bergelak ketawa. Kuharap semua ini akan berkekalan selamanya.

Aku membuat permohonan untuk kembali ke Kuala Lumpur kerana aku yakin sudah sampai masanya Umairah berada di samping Farizal. Kalau pun kami bercerai nanti, Umairah akan sentiasa dekat dengan babanya, tidaklah terpinggir sangat Umi nanti. Permohonan diluluskan. Aku sudah memaklumkan pertukaranku kepada Farizal. Lama sekali menunggu di lapangan terbang. Akhirnya aku memutuskan untuk pulang sendiri ke rumah. Hingga ke malam aku menanti kepulangan Pija, namun tak kunjung tiba. Gelisah sendiri namun aku mengingatkan diriku mungkin dia sedang bersama Lizzy, maklumlah kan, orang bercinta. Biasa la tu. Terkenang percintaan Pija dan Mira.

Teringat dulu betapa aku dan Pija selalu bergaduh. Aku memang tak dapat terima bila Pija menghulurkan salam percintaan dan Mira menyambutnya dengan senang hati. Terasa seolah-olah aku telah kehilangan teman seperjuangan.

Pernah sekali kami bergaduh hanya kerana dia datang menjemputku untuk ke rumah Mira. “Buat apa kat sini?” pelik melihat dia terpacak di depan rumahku.

Wajah pelik Ija dipandang. “Jemput kau la...apa lagi?” Eiiii...minah ni kalau tak lawan cakap aku memang tak sah.

Dahi dikerutkan. “Jemput aku? Mana yang lain? Aku tak nak naik kereta dengan kau.” Takkan kot? Iskh...saje je nak kenakan aku ni si Mira ni, dah tau aku tak suka gan mamat ni, suruh datang jemput aku buat apa?

“Eh, kau boleh tak jangan cakap banyak? Naik jelah, senang kerja aku. Aku pun tak ingin nak jemput kau kalau bukan Mira yang paksa aku datang tau? So, jangan nak mengada.” Haaa...kan dah kena? Tak suka betul perempuan leceh macam ni. Nasib la sape dapat minah ni nanti, jenuh nak pujuk! Berentam hari-hari mana tahan.

Aku menjengilkan mata. Tak suka betul, dah la tak ikhlas cakap depan-depan pulak tu. Geramnya aku!!!! “Eh, suka hati aku la nak ikut ke tak nak. Dah, kau balik je dulu...nanti aku cakap dengan Mira. Terima kasihlah ye...susahkan kau je.” Sedikit menyindir.

“Lantak kaulah Ija, nak pergi ke tak nak ke...yang penting aku dah jalankan kerja aku.” Daripada layan si Ija ni, baik aku blah sebelum isu perbalahan ni lebih hangat. Takut nanti kang ada jugak yang makan penampor aku nanti, nanya je!

Bila dikenang kembali, lucu pulak! Tu bab bergaduh, babak lain pulak antaranya aku masih ingat tergiang-giang di telingaku Kak Indah meyuruhku menasihati Mira. Namun, aku tak hiraukan semua tu. Aku betul-betul kecewa, alasanku cukup mudah. Dia sudah terlalu faham untuk dinasihatkan.

Hari raya tahun pertama di universiti aku diajukan soalan begini. Tak kuduga pertemuan singkat ini membawa kepada persoalan besar begini. “Ija...akak dengar Mira kapel dengan Pija. Betul ke? Akak tak salah dengar kan?” Kak Indah sudah kuanggap macam adik beradik. Keakraban kami bertiga sudah diketahui umum. Maklumlah kami bertiga housemate, satu sekolah pulak tu masa sekolah menengah.

“Mana akak tahu benda ni?” sedikit kaget bila diaju pertanyaan begitu. Pelik pun ada, tak kan Mira bagitahu kot? Musykil betul aku!

“Benda buruk, fitnah macam ni memang cepat tersebar. Hari tu akak terserempak Mira dengan Pija makan sama, tapi ada Ika sekali la. Akak betul-betul tak sangka.” Mendengar begitu, aku terkenang pertanyaan kaan-kawan lain tentang Mira.

“Eh Ija...Mira dengan Pija ekh sekarang ni?” pertanyaan pertama dari teman-teman.

“Mana korang tahu benda ni semua?” terkejut aku dibuatnya. Tak sangka dia orang boleh perasan pulak.

“Alah...dah banyak kali kami terserempak dia orang makan sekali, lepak kat depan tasik, pergi mana-mana pun mesti dengan Pija. Betul la tu, kan?” akhirnya aku hanya senyap seribu bahasa, mengiyakan tidak, menafikan pun tidak. Terpulang pada penilaian masing-masing. Malas nak cerita panjang-panjang. Buat sakit hati je, malu pun ada.

Wajah Kak Indah kembali menjelma. “Entah la kak. Ija malas nak tegur. Biarlah akak nak cakap apa pun. Orang kalau dah mabuk bercinta, dah tak nampak lagi dah mana halal haram. Rasanya dalam hal ni akak lebih layak tegur kot. Mesti dia malu dengan akak.”

Kak Indah meminta diri untuk pulang, maklumlah hari raya. Sempat lagi dia pesan. “Akak rasa Ija lebih layak, Ija kan rapat dengan dia. Nanti kalau akak cakap dia malu je tapi tak beri kesan apa-apa, baik tak payah. Ija kena cakap baik-baik dengan dia.” Tangan dihulur. Salamnya kusambut.

Ingatanku melayang lagi pada suatu malam. Aku mencari-cari masa yang sesuai untuk menegur. Alang-alang topic malam tu mengarah ke arah itu, aku terus cucuk jarum. Macam-macam dia orang komen, kritik pasal budak-budak universiti. Pasal keluar malam, pasal universiti ada kelab tarian, kelab koir dan macam-macam lagilah. Malah, majlis rasmi diselangi dengan pantun melebihi bacaan al-Quran. Tarian zapin dan tradisional lain menjadi penghias majlis sedangkan universiti kami berstatus universiti Islam. Sehingga memburukkan nama universiti pada pandangan masyarakat sekeliling.

Aku menyampuk, “Polisi universiti tu dah satu hal. Yang budak-budak keluar malam tu pun satu hal. Tapi aku rasa isu ni kadang-kadang ibarat meludah ke langit. Yang budak-budak bercinta keluar dating, naik kereta sama semua tu, salah gak. Macam mana pelajar agama macam kita boleh terlupa adat pergaulan lelaki perempuan? Semua tu memburukkan lagi imej universiti.”

Semua terus senyap. Yalah, asyik sangat dok mengata orang lain. Diri sendiri tak nak tengok. Rata-rata yang dok menyibuk tadi tu bercinta sakan sampai balik kampung pun berdua dengan kekasih. Yang parah lagi guna alasan tunang. Ada apa dengan bertunang? Setakat bertunang tak menghalalkan apa yang haram sebelum kahwin. Betullah pesan Nabi s.a.w pada akhir zaman nanti ramai yang masuk Islam ibarat buih-buih di lautan, sekali datang ombak hilanglah buih tadi. Nauzu billahi min zalik.

4 comments:

  1. cerita ok.. nama panggilan tak okey. PIJA. itu kan nick perempuam wehhhh.. setiap kali aku baca penat nak set mind, PIJA is a man. ho.ho..

    len kali buh nama len yer,,, hehehe

    ♥♥♥ Entry Puteri Terkini:
    "Masjid mati dulu sebelum manusia?"

    ReplyDelete
  2. heheee...guest what? aku mmg saje buat nama dia pija n ija...mcm matching g2...hihiiiii

    ReplyDelete
  3. Heheheh nice...aq taw nape pija...

    ReplyDelete
  4. takdelah..
    even ko letak nama FAIZAL (ajai) and FARIZA (ija)
    pun macthing..

    macam ada satu cerita, Syafiq, dan Afiqah.. Still macthing..

    cuma dlm kes ni.. aku xbrapa sokong duna nick si laki tu sbgai Pija sbb rata2 Pija=Hafiza

    utk pnmbhbaikan pd msa2 akan dtg.. :)

    slmt mnulis, kwn!


    ♥♥♥ Entry Puteri Terkini:
    "Kisah si Monyet"

    ReplyDelete