“Be the son of whomever you wish And acquire some adab Verily this noble linage will enrich you The youth is not the one who says: ‘My father was’ Rather: the youth is the one who says: Here I am”
Friday, 22 October 2010
KERANA UMAIRAH 5
Perjalanan dari Miri ke Kuala Lumpur kurasakan terlalu lama. Mungkin kerana sudah lama aku tidak menjejakkan kaki ke bumi Semenanjung. Tapi kali ini aku pulang awal, tidak seperti selalu. Setelah selesai semua urusan di KLIA, aku terus menaiki bas, tukar menaiki Komuter di Nilai ke Bandar Tasik Selatan. Kemudian terus mengambil bas ke rumah Farizal. Kunci penduanya ada padaku untuk memudahkan pergerakanku apabila di rumah Farizal. Pija jarang meluangkan masa bersama kami. Aku pasti sangat dia tidak selesa dan sedang melarikan diri dari kami.
Tangan Umairah kupimpin. Dalam masa yang sama, aku menjinjit beg pakaian kami berdua. Aku perhatikan keadaan rumah. Nampak seperti tiada orang. Hari Ahad pun kerja ke? Ke dia outstation? Perlahan-lahan aku membuka pintu. Mengamati ruang tamu dan dapur yang berselerak menyebabkan aku sedikit bersimpati dengan Pija. Lelaki bujanglah katakan, bersepah!
Setelah puas meninjau keadaan rumah, aku mengemas rumah dan menaiki kereta yang sudah sekian lama tersadai di laman menanti kepulanganku untuk keluar membeli barang keperluan yang nampaknya tiada satu apa pun untuk di masak. Perut sudah berkeroncong. Kereta Myvi putih ini memang Pija sediakan sebagai kemudahan aku apabila pulang ke Kuala Lumpur, senang kerana tidak perlu menyusahkan dia yang memang tiada masa untk kami. Umairah bermain seorang diri di ruang sambila aku memasak hidangan tengah hari. Terdengar bunyi kereta berhenti di laman.
Umairah berkejar membuka pintu kerana menyangka babanya pulang. Kuperlahankan api lantas ke muka pintu. Sebuah kereta mewah tersergam di laman. Keluar seorang gadis muda yang tidak kukenali disusuli oleh Pija. Kami sama-sama terkejut. Aku tersenyum manis menyambut kepulangan Pija dan tetamuku ini.
Lantas tangan Pija kusambut untuk bersalam. “Bila balik?” pertanyaan pertama dari Farizal.
Langkah diatur ke ruang tamu. Umairah kutarik rapat ke sisi setelah dia menyalami tangan babanya. “Baru je, dah makan? Saya tengah masak, kejap lagi kita makan sekali, ya. Siapa ni?”
Sedikit teragak-agak Pija menjawab. Belum sempat dia membuka mulut, gadis manja di sebelahnya menyampuk. “You ni sape lak?”
Aku ingin menjawab sebelum dipotong Farizal. “Dia ni adik sepupu I yang kerja kat Sarawak. Ni baru balik, singgah rumah I dulu.”
Tergamam sekejap sebelum otakku berjaya menafsir mesej yang cuba disampaikan Pija yang gelisah di sebelah gadisnya. Tersenyum, “Yang ni sape, Ja? Makwe ekh?” cukup selamba aku bertanya kembali.
Sekali lagi gadis itu menyampuk. “I Lizzy. You tak bagitahu keluarga you ke pasal kita? Patutlah selalu berdalih tak nak bawak I jumpa family you.” Penuh manja dan nada itu sedikit merajuk kedengaran di telingaku. Huluran tanganku disambut dingin.
Tanpa perlu menunggu lama, aku menyampuk, “Duduklah dulu, ya. Saya nak tengok lauk, nanti hangit pulak. Nak minum apa-apa?” panas jugak dengan kedinginan gadis ini, namun senyuman masih dileretkan, tetamu kan?
“Fresh orange, please. Tak nak banyak ais, sedang-sedang je.”
Umairah yang hanya diam dari tadi membontotiku ke dapur. Keluar semula menghantar minuman kepada Pija dan Lizzy. “Ija, aku nak keluar kejap. Malam nanti baru balik.”
Mangangguk faham.
Aku menanti kepulangan Farizal malam itu dengan penuh debaran di dada. Umairah yang sudah terlentok aku angkat dan menidurkannya di atas katil. Selimut ditarik menutupi tubuhnya. Sebak dan kecewa dengan apa yang berlaku. Takut memikirkan dia takkan pernah jadi milik kami selama-lamanya.
Keluar menunggu Farizal di laman. Pukul 12 malam baru Pija sampai di rumah. Aku sudah nekad untuk berbincang denganya. Aku takkan dapat tidur selagi semua kekusutan ini tidak terungkai. Langkah lesu Pija kusambut dengan senyuman. Menghulurkan segelas air kepadanya, biarlah dia melepaskan lelah dulu.
Air diteguk sampai habis. “Dah makan?”
Berpaling menghadapku. “Dah, Umi mana?”
“Dia dah tidur. Tadi dia nak tunggu awak, tapi penat sangat sampai tertidur. Esok kerja tak?” sekadar membuka peluang bicara.
“Kerja. Kenapa duduk kat luar ni? Sejuk-sejuk macam ni nanti demam pulak kena embun.” Pija seolah-olah prihatin denganku.
“Tak boleh nak tidur, dalam tu panas pulak. Tu yang ambil angin kat luar.” Senyap.
“Jom masuk tidur.” Dia bangun, aku munurut dari belakang.
Semasa aku masuk ke dalam bilik, Pija sudah menarik selimut ke paras dada, mata terpejam. “Dah tidur?”
Matanya terbuka. “Belum.” Aku memanjat katil, mengambil tempat di sebelahnya.
“Boleh saya cakap sikit? Tapi kalau awak penat sangat, esok ajelah.”
“Kau nak cakap pasal Lizzy tadi kan?” selamba sahaja dia bertutur.
“Ja, awak tahu kan? Saya tak pernah halang awak kawan dengan siapa je. Dan saya takkan halang awak kahwin lain.” Selembut mungkin aku meluahkan.
“Aku tahu tapi aku dah terlanjur sayang dengan dia, dan aku rasa kami serasi bersama. Aku minta maaf tak bagitahu kau awal-awal pasal ni. Aku yakin kau faham, kan?” angguk. “Umi dah ada kau, aku takkan ambil dia balik.”
Tercengang tidak faham. “Maksud kau?”
Keluhan terlepas. “Tadi aku dah terus terang dengan dia pasal kita, aku propose dia sekali dan dia terima. Dia tak kisah asalkan kita bercerai dan dia tak nak Umi tinggal dengan kami nanti.”
Setitis air mata keluar jua. “Ja, saya tak kisah kita bercerai tapi awak tak boleh abaikan Umi macam tu je. Dia anak awak, Ja. Sanggup awak buang dia macam tu sekali?”
Tanganku diraih. Aku cuba menarik, namun genggaman Pija terlalu kejap. “Kau pun tahu kan aku tak boleh jaga dia? Kau lebih berhak jaga dia. Aku tahu kau pun mesti tak nak berpisah dengan dia, kan?”
Angguk. “Ya, memang saya tak sanggup tapi saya rasa semua ni tak adil buat Umi. Awak tahu tak kenapa saya balik sini?” Geleng. “Sebab dia merungut awak tak sayangkan dia. Jadi saya fikir kedatangan kami ke sini akan mengubah hati awak. Tapi saya betul-betul tak sangka penantian saya selama 5 tahun ni sia-sia je.”
Dia ingin mencelah tapi aku memotong. “Malam ni biarkan saya bercakap. Esok saya dah nak balik kampung, tak tahu bila lagi dapat bincang dengan awak.”
Dia sedikit terkejut. “Balik dengan siapa? Kenapa tak bagitahu aku awal-awal?” sedikit terasa bila Ija tidak minta izin darinya seperti selalu. Ada rasa kurang senang bertandang.
“Tak pe, saya balik dengan Umi je. Pasal kita awak jangan bimbang, saya akan terangkan pada keluarga kita.”
“Nak balik dengan apa?” masih belum berpuas hati.
“Dengan kereta kot, tak sempat nak beli tiket.”
“Tak boleh, aku tak izinkan. Kita balik lusa. Aku hantar, aku pun dah lama tak balik. Nanti apa pulak orang kata kalau kau balik sorang.”
“Penting ke apa orang kata?” sengaja menimbulkan persoalan.
Dia hanya terdiam. “Ja, saya tak suka paksa awak buat apa yang awak tak suka. Awak dah cukup besar untuk fikir dengan waras. Selagi saya isteri awak, saya akan patuh. Awak tetap nakhoda dalam rumah tangga kita. Kalau ada kesilapan, kita sama-sama betulkan. Cuma saya tak nak awak ulang balik kesilapan awak yang dulu.” Selimut ditarik. Lampu dimatikan. Biar dia betul-betul faham apa yang ingin kusampaikan. Malas bertekak.
Seperti biasa, pakaian kerjanya aku sediakan sebelum menuju ke dapur menyiapkan sarapan. Pija makan dengan diam. Umairah cuba bermesra. Cukup gembira apabila babanya menyuruh Umairah menyuapkan nasi goreng ke mulutnya. Terdengar Umi terkekek ketawa kegelian bila babanya menggeletek Umi sebagai denda menumpahkan nasi ke seluarnya. Terkaku seketika melihat drama sebabak di depan mata. Kenapa tiba-tiba dia berubah? Mendadak sungguh! Bergenang air mataku terharu. Senang dengan perubahan Pija. Mungkin apa yang aku katakan malam tadi memberi kesan pada Farizal.
“Umi, suap elok-elok, nak. Jangan tumpahkan nasi kat baju baba.” Sedikit beramaran kepada anak gadis Farizal.
“Alah, tak pe. Kalau kotor nanti ibu boleh gosokkan baju baru untuk baba, kan?” menarik Umi ke pelukan. Terpingga-pingga sebentar namun Umairah ketawa bila terasa Farizal cuba mewujudkan kemesraan antara mereka. Aku sedikit hairan dengan kemesraan yang ditonjolkan Farizal pagi ini. Mungkin dia ingin bermesra buat kali terakhir dengan kami, biarlah. Satu perubahan mendadak yang pelik pada pengamatanku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
[ “Alah, tak pe. Kalau kotor nanti ibu boleh gosokkan baju baru untuk baba, kan?” menarik Umi ke pelukan. ]
ReplyDeletesape yang mnarik umi ???
♥♥♥ Entry Puteri Terkini:
"Ulama' atau ular dalam semak?"
pija larh mah...heheheee...sorry r...
ReplyDeletehohohoho.. orrait
ReplyDelete:)
♥♥♥ Entry Puteri Terkini:
"Kisah si Monyet"