Thursday, 29 November 2012

Zikir Munajat

سُبْحانَ الله وَالْحمد لله وَلاَ اِلٰهَ اِلاﱠ الله وَالله اَكْبَرْ
(8 Kali)

الله الله الله يَا الله
(8 Kali)

حَسْبِي رَبيﱢ جَلﱠ الله مَا فِي قَلْبِي غَيْرُالله نُورُ محمد صَلىﱠ الله
(5 Kali)

تُبْنَا اِلىَ الله وَرَجَعْنَا اِلىَ الله وَنَدِمْنَاعَلىَ مَا فَعَلْنَا
(3 Kali)

فَسُبْحَانَ مَنْ لاَ يَقْدِرُ الْخَلْقُ قَدْرَهُ
وَمَنْ هُوَ فَوْقَ الْعَرْشِ فَرْدٌ مُوَﱠحدُ
مَلِيْكٌ عَلىَ الْعَرْشِ السمَاءِ مُهَيْمِنٌ
لِعِزﱠتِهِ تَعْنُو الوُجُوهُ وَتَسْجُدُ
(3 Kali)

حَسْبِي رَبيﱢ جَلﱠ الله مَا فِي قَلْبِي غَيْرُالله نُورُ محمد صَلىﱠ الله
(5 Kali)

لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللهِ كَاشِفَة
(5 Kali)

لاَ اِلٰهَ اِلاﱠ الله اَلْمَلِيكُ الْحَقﱡ الْمُبِينُ
مُحَمد رَسُولُ الله صَادِقُ الْوَعْدِ الأمَينُ
(5 Kali)

اَسْتَغْفِرُاللهَ اِنﱠ اللهَ كَانَ تَوﱠبَا
(5 Kali)

Sunday, 18 November 2012

PESAN DR ZULKIFLI AL-BAKRI

MARILAH KITA BERHIJRAH

Saya memulakan dengan lafaz Alhamdulillah dan syukur atas segala kurniaan nikmat Allah yang tidak terhitung dan terkira banyaknya. Tahun baru hijrah 1434 menjelma lagi. Persoalannya, apakah tahun dan masa sahaja yang menginjak pergi, sedangkan kita sentiasa berada dalam lompang kelalaian sehingga tiada sekelumit perasaan untuk berhijrah.

Para ulama termasuk Imam Nawawi ban

yang menyusun kitab-kitab mereka dengan dimulakan hadis hijrah seperti riwayat Bukhari dan Muslim dimana Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya segala amalan-amalan itu bermula dari niat-niat dan sesungguhnya bagi setiap seorang itu (ia akan memperolehi berdasarkan) untuk apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa hijrahnya untuk maksud dunia untuk diperolehinya atau perempuan yang dikahwininya maka hijrah mengikut apa yang diniat.”

Dr. Mustafa Bugha dalam syarahannya berkata: “Hijrah dari bumi kafir ke negeri Islam adalah wajib ke atas seorang Muslim yang tidak dapat bertahan dalam menzahirkan agamanya. Hukum ini adalah berkekalan tanpa sebarang ikatan (qaid) atau syarat. Adapun hadis “taiada hijrah selepas pembukaan Mekah” itu, maksudnya ialah tiada hijrah dari Mekah selepas pembukaannya lantaran ia telah menjadi negara Islam.”

Sedikit muhasabah ditujukan kepada diri sendiri dan kepada pembaca untuk sama-sama kita cuba berhijrah dari yang tidak baik kepada baik atau yang baik kepada yang lebih baik, antaranya:

Solat

Adakah kita mencukupkan solat 5 waktu?
Kalau cukup, adakah kita solat berjemaah?
Kalau berjemaah, adakah setiap waktu?
Adakah kita solat di masjid atau surau?
Berapa kali seminggu kita melangkah kaki ke masjid atau surau?
Adakah kita meningkatkan kefahaman tentang solat?
Adakah kita solat pada awal waktu?
Berapa kali kita boleh solat di saf yang pertama?
Adakah ita khusyuk dalam solat?
Adakah solat boleh mencegah kemungkaran kita?
Adakah solat benar-benar mengubah kehidupan kita?
Berapa kali kita solat rawatib dalam sehari?
Bagaimana dengan solat duha kita?
Adakah mampu kita bangkit qiamulail pada waktu malam?
Berapa kali kita menunggu waktu untuk solat?
Adakah solat menjadi bebanan atau tanggungjawab?
Adakah kita boleh menjadikan solat seperti cahaya mata yang kita asyikkannya?
Apa perasaan kita bila mendengar duara azan?
Bagaimana kita melihat orang tua yang bertongkat melangkah kaki ke masjid?
Berapa kali kita menyuruh anak kita bersoalt?
Berapa kali kita menajak keluarga dan anak kita solat berjemaah di masjid?

Semoga persoalan di atas dapat kita fahami untuk mukaddimahkan diri kita menjadi mukmin sejati dan berhijrah kepada Allah.
Begitulah seterusnya isu-isu dalam kehidupan sama ada hubungan dengan Allah mahupun hubungan sesama manusia kerana apabila kita memahami konsep hijrah yang lebih luas, maka sudah pasti perubahan hidup kita berubah secara total akan berlaku dengan fikiran yang positif dan matlamat hidup yang jelas.

Antara renungan yang mungkin dapat kita fikirkan bersama ialah menhijrahkan diri dari sebarang akhlak buruk da nisi lompang tersebut dengan segala akhlak mahmudah. Hal ini dengan sendirinya, akan menjadikan diri kita seorang muslim yang berjiwa besar mempunyai jati diri dan semangat yang kental untuk meraih dan merempuh ranjau kehidupan berpandukan semangat hijrah baginda SAW.

Saya suka mengajak para pembaca supaya memahami erti hijrah seterusnya dapat melaksanakan sebuah kehidupan yang benar-benar menepati risalah muhammadiah. Hijrah pada asalnya berbentuk fizikal seterusnya menghasilkan makna yang pelbagai dari semua aspek kehidupan sudah pasti melahirkan insan rabbani dan masyarakat madani yang telah dididik dan diasuh oleh Baginda SAW.

Natijah daripada itu, akan terhasillah sebuah negara yang boleh disifatkan sebagai baldatun taiyyibatun warabbun ghafur.

"Sudah sampai masanya..Kita semua menimba ILMU"

Selamat menyambut Tahun Baru 1434H