Monday, 17 February 2014

A Teacher's Life...

Assalamualaikum....

Hari ni sama macam hari-hari sekolah biasa. Pukul 6.45 pagi aku dah memandu my baby blue, tepat jam 7.00 pagi aku dah tercongok kat pejabat untuk punch card. Awal-awal pagi macam ni tak ramai lagi yang datang. Pagi ni, sekolah didatangi oleh pengawai-pengawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat yang datang memantau.Bilangan pengawai yang datang agak ramai dan secara berperingkat mengikut bidang masing-masing.

Kelam kabut bila memikirkan fail-fail yang masih tidak sempurna. Lebih menakutkan bila memikirkan kelasku penuh hari Isnin. Bermula jam 8.45 pagi, berhenti rehat kejap dalam 20 minit dan sambung lagi sampailah pukul 1.05 petang. Otak sudah kacau memikirkan BBM yang tidak sempat disediakan dek kerana sibuk menyiapkan fail. Penat melayan keranah anak-anak murid seramai 22 orang. Sikit kan? Hakikatnya, 22 orang murid Pendidikan Khas bersamaan 110 orang murid perdana. Nisbahnya ialah seorang murid Pendidikan Khas bersamaan 5 orang murid di aliran perdana.

Alhamdulillah, markah pemantauan sekolah baik, jadi tak perlu bimbang akan ada pemantauan kali kedua hehee... Selesai solat Zuhur, aku bergegas ke Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang pula. Tepat jam 2.30 petang, mesyuarat pun bermula, sampailah jam 5.30 petang barulah selesai. Sampai rumah dah pukul 6.00 petang...nasib baiklah bujang, tak de anak-anak yang perlu diuruskan. Sebelah malam pula, sambung lagi buat kerja-kerja fail...hurmmmmm

Ramai yang cakap jadi cikgu senang, gaji pulak lumayan. Yeke? Kerja guru bukan sekadar mengajar, malah banyak kerja-kerja pengkeranian yang perlu dibereskan. Jadual kerja bermula seawal 7.00 pagi dan selalunya boleh sampai ke petang. Itu belum lagi kerja hari Sabtu. Tapi bab kata orang-orang tua: Alah bisa, tegal biasa. Rasa-rasanya, semua kerja sama je, masing-masing ada cabaran yang tersendiri. Cuma kita yang boleh menentukan sama ada kerjaya yang dipilih itu mudah atau susah, seronok ke tidak. Bagiku, semua bergantung pada niat dan cara kita mengendalikan sesuatu. Otak kita perlu sentiasa dimotivasi agar tidak terlalu terbeban dan tertekan dengan kerja-kerja yang tak pernah habis. Pendek kata, tepuk dada, tanyalah selera...

Friday, 25 January 2013

DIKIR BARAT



Dikir…sejenis hiburan yang terkenal di Kelantan. Antara lain, hiburan yang menjadi darah daging budaya masyarakat Kelantan ialah Mak Yong, Menora, Main Puteri dan Wayang Kulit. Di samping itu, di Kelantan juga terkenal dengan Silat, Gasing dan Wau Bulan. Dikir menjadi budaya yang paling dominan dan sinonim dengan Kelantan. Sifatnya yang begitu fleksibel membuatkan ianya sentiasa teguh menongkah arus perkembangan semasa. Walau sebanyak mana jenis hiburan yang muncul, dikir tetap tidak dilupakan.
Ramai yang bertanya kenapa ia dipanggil Dikir Barat, sedangkan Kelantan ialah sebuah Negeri Pantai Timur? Sebenarnya, Kelantan terbahagi kepada 2 sebelum Selatan Thailand terutamanya Pattani menjadi milik kerajaan Thailand. Kelantan Barat ialah Pattani dan Selatan Thailand. Orang-orang tua merujuk Barat sebagai Selatan Thailand. Namun, bagi generasi muda sekarang, kami mengenali Selatan Thailand dengan nama Aliek Sie (Sebelah Siam).
Semenjak sekolah rendah lagi kami rakyat Kelantan sudah didedahkan dengan budaya ini. Murid-murid lelaki terutamanya mula diajar tentang dikir. Mereka akan diasuh menjadi Tok Jogho (Juara), Tukang Karut, awak-awak, pemain gendang ibu, gong, kerincing, canai, rebana ubi dan cerana. Kadang-kadang serunai digunakan untuk mengiringi persembahan Dikir Barat, namun pemain Serunai tidak begitu meluas. Hanya terdapat beberapa orang tua sahaja yang mampu bermain serunai dengan baik.
Dikir Barat telah diangkat dan diiktiraf sebagai sejenis seni yang menjadi warisan Melayu dengan adanya Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan. Malah, anak-anak Kelantan yang merantau ke serata Malaysia juga turut membawa bersama budaya seni warisan nenek moyang ini. Ianya menjadi semakin diminati semenjak adanya album Dikir Warrior yang memberi semangat kepada pemain-pemain Bola Sepak Kelantan.



http://www.youtube.com/watch?v=y2gbtnyMNRM

Thursday, 29 November 2012

Zikir Munajat

سُبْحانَ الله وَالْحمد لله وَلاَ اِلٰهَ اِلاﱠ الله وَالله اَكْبَرْ
(8 Kali)

الله الله الله يَا الله
(8 Kali)

حَسْبِي رَبيﱢ جَلﱠ الله مَا فِي قَلْبِي غَيْرُالله نُورُ محمد صَلىﱠ الله
(5 Kali)

تُبْنَا اِلىَ الله وَرَجَعْنَا اِلىَ الله وَنَدِمْنَاعَلىَ مَا فَعَلْنَا
(3 Kali)

فَسُبْحَانَ مَنْ لاَ يَقْدِرُ الْخَلْقُ قَدْرَهُ
وَمَنْ هُوَ فَوْقَ الْعَرْشِ فَرْدٌ مُوَﱠحدُ
مَلِيْكٌ عَلىَ الْعَرْشِ السمَاءِ مُهَيْمِنٌ
لِعِزﱠتِهِ تَعْنُو الوُجُوهُ وَتَسْجُدُ
(3 Kali)

حَسْبِي رَبيﱢ جَلﱠ الله مَا فِي قَلْبِي غَيْرُالله نُورُ محمد صَلىﱠ الله
(5 Kali)

لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللهِ كَاشِفَة
(5 Kali)

لاَ اِلٰهَ اِلاﱠ الله اَلْمَلِيكُ الْحَقﱡ الْمُبِينُ
مُحَمد رَسُولُ الله صَادِقُ الْوَعْدِ الأمَينُ
(5 Kali)

اَسْتَغْفِرُاللهَ اِنﱠ اللهَ كَانَ تَوﱠبَا
(5 Kali)

Sunday, 18 November 2012

PESAN DR ZULKIFLI AL-BAKRI

MARILAH KITA BERHIJRAH

Saya memulakan dengan lafaz Alhamdulillah dan syukur atas segala kurniaan nikmat Allah yang tidak terhitung dan terkira banyaknya. Tahun baru hijrah 1434 menjelma lagi. Persoalannya, apakah tahun dan masa sahaja yang menginjak pergi, sedangkan kita sentiasa berada dalam lompang kelalaian sehingga tiada sekelumit perasaan untuk berhijrah.

Para ulama termasuk Imam Nawawi ban

yang menyusun kitab-kitab mereka dengan dimulakan hadis hijrah seperti riwayat Bukhari dan Muslim dimana Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya segala amalan-amalan itu bermula dari niat-niat dan sesungguhnya bagi setiap seorang itu (ia akan memperolehi berdasarkan) untuk apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa hijrahnya untuk maksud dunia untuk diperolehinya atau perempuan yang dikahwininya maka hijrah mengikut apa yang diniat.”

Dr. Mustafa Bugha dalam syarahannya berkata: “Hijrah dari bumi kafir ke negeri Islam adalah wajib ke atas seorang Muslim yang tidak dapat bertahan dalam menzahirkan agamanya. Hukum ini adalah berkekalan tanpa sebarang ikatan (qaid) atau syarat. Adapun hadis “taiada hijrah selepas pembukaan Mekah” itu, maksudnya ialah tiada hijrah dari Mekah selepas pembukaannya lantaran ia telah menjadi negara Islam.”

Sedikit muhasabah ditujukan kepada diri sendiri dan kepada pembaca untuk sama-sama kita cuba berhijrah dari yang tidak baik kepada baik atau yang baik kepada yang lebih baik, antaranya:

Solat

Adakah kita mencukupkan solat 5 waktu?
Kalau cukup, adakah kita solat berjemaah?
Kalau berjemaah, adakah setiap waktu?
Adakah kita solat di masjid atau surau?
Berapa kali seminggu kita melangkah kaki ke masjid atau surau?
Adakah kita meningkatkan kefahaman tentang solat?
Adakah kita solat pada awal waktu?
Berapa kali kita boleh solat di saf yang pertama?
Adakah ita khusyuk dalam solat?
Adakah solat boleh mencegah kemungkaran kita?
Adakah solat benar-benar mengubah kehidupan kita?
Berapa kali kita solat rawatib dalam sehari?
Bagaimana dengan solat duha kita?
Adakah mampu kita bangkit qiamulail pada waktu malam?
Berapa kali kita menunggu waktu untuk solat?
Adakah solat menjadi bebanan atau tanggungjawab?
Adakah kita boleh menjadikan solat seperti cahaya mata yang kita asyikkannya?
Apa perasaan kita bila mendengar duara azan?
Bagaimana kita melihat orang tua yang bertongkat melangkah kaki ke masjid?
Berapa kali kita menyuruh anak kita bersoalt?
Berapa kali kita menajak keluarga dan anak kita solat berjemaah di masjid?

Semoga persoalan di atas dapat kita fahami untuk mukaddimahkan diri kita menjadi mukmin sejati dan berhijrah kepada Allah.
Begitulah seterusnya isu-isu dalam kehidupan sama ada hubungan dengan Allah mahupun hubungan sesama manusia kerana apabila kita memahami konsep hijrah yang lebih luas, maka sudah pasti perubahan hidup kita berubah secara total akan berlaku dengan fikiran yang positif dan matlamat hidup yang jelas.

Antara renungan yang mungkin dapat kita fikirkan bersama ialah menhijrahkan diri dari sebarang akhlak buruk da nisi lompang tersebut dengan segala akhlak mahmudah. Hal ini dengan sendirinya, akan menjadikan diri kita seorang muslim yang berjiwa besar mempunyai jati diri dan semangat yang kental untuk meraih dan merempuh ranjau kehidupan berpandukan semangat hijrah baginda SAW.

Saya suka mengajak para pembaca supaya memahami erti hijrah seterusnya dapat melaksanakan sebuah kehidupan yang benar-benar menepati risalah muhammadiah. Hijrah pada asalnya berbentuk fizikal seterusnya menghasilkan makna yang pelbagai dari semua aspek kehidupan sudah pasti melahirkan insan rabbani dan masyarakat madani yang telah dididik dan diasuh oleh Baginda SAW.

Natijah daripada itu, akan terhasillah sebuah negara yang boleh disifatkan sebagai baldatun taiyyibatun warabbun ghafur.

"Sudah sampai masanya..Kita semua menimba ILMU"

Selamat menyambut Tahun Baru 1434H
 
 

Monday, 6 August 2012

Pendidikan khas S.K.Morib....lawatan sambil belajar ke Cameron Highland...

Friday, 27 July 2012



Merantau ke Selangor sekali lagi, nampak seolah2 dah tak de pape yang boleh diteroka tapi sebenarnya bumi ALLAH itu luas. banyak pengajaran serta pengalaman yang aku timba di sini. menjadi perantau adalah perkara biasa bagiku, namun Banting memang memberi dimensi berbeza dalam hidup. kalau dulu kerja PIZZA HUT rasa tak de life sebab tak de cuti, sekarang ni jadi cikgu terlebih cuti la pulak. sampaikan aku buntu fikir nak habiskan hujung minggu. maklumlah, budak2 rumah ni hujung minggu je lesap huhuuu...
Awal bulan julai, lawatan sambil belajar ke CAMERON HIGLAND. bulan april lalu, jalan2 ke Langkawi. cuti sekolah kena balik maktab, nak bayar kereta lagi, rumah lagi, makan minum, memang elaun rasa tak cukup tapi alhamdulillah, setakat ni rezeki ALLAH masih lagi ada. teringat kata2 USTAZ AZHAR IDRUS yang kita akan diberi rezeki selagi mana diberi nafas di muka bumi ini. jadi, jangan putus asa kerana putus asa itu haram bagi orang Islam...
Description: F:\gambar\S.K. MORIB\3,4 n 5 julai 2012\100_1772.JPG
Description: F:\gambar\S.K. MORIB\3,4 n 5 julai 2012\P1080532.JPG