Wednesday 19 January 2011

MARUAH DALAM PERIBADI

Sedunggu-dunggu lembu kandang
Saat tanduk diketuk telinga dipulas,
Paling bodoh merimbas menendang
Sedaya tenaga mahu dilepas bebas.

Air dalam perigi demikian peri
Sekali pun tidak berombak berkocak,
Mendap apabila ditujah bertubi
Mustahil jernihnya tidak berkocak.

Demikian maruah dalam peribadi
Sekali pun tidak mengharap disanjung,
Apabila berulang kali dihina dikeji
Mustahil masih lembu dicucuk hidung!

Nawawee Mohammad