Wednesday 22 September 2010

KITA PADA PANDANGAN ALLAH

Menghabiskan cuti 2 bulan di rumah tanpa sebarang aktiviti menarik selain kerja2 rumah (nak kerja mak ayah tak bagi) membuatkan sya menonton banyak cerita yang ditayangkan di tv. Tapi saya tak berapa suka mengikuti drama sebab bila dah dating usim susah nak tengok tv, bz lah katakana…heheee…tengah dok melangok depan tv, saya pun sajalah tukar channel astro oasis…satu diskusi agama dengan kiyai dari seberang (lupa rancangan n nama kiyai tu…sory!). Ceritanya menarik sekali untuk dijadikan pengajaran. Kiyai nidulunya belajar emgineeering di university di Indonesia. Ayahnya tentera. Dia mempunyai seorang adik lelaki yang cacat, lumpuh disebabkan demam panas semasa kecil . Tapi tidak pernah dia mengeluh di atas ujian tersebut. Si kiyai bertanya apakah adiknya selesa dengan keadaannya, tidak merasa iri hati untuk menjadi sempurna seperti orang lain? Si adik menjawab tidak sesekali. Kerana yang cacat itu hanya pada pandangan kita manusia, tidak pada pandan Allah. Bukankah Allah telah menjadikan manusia itu sebaik2 kejadian? Begitu berhikmah sekali jawapannya, masyaAllah…kuasa Tuhan. Walau badan lemah tidak bermaya tapi hatinya tetap teguh beriman. Semasa sakit tenat adiknya berpesan: dalam dunia ini walau pun kita ada segala2nya ingatlah kita takkan pernah bahagia melainkan dengan redha Allah. Jika tiada keberkatan dalam hidup, maka tidak akan bahagia kehidupan kita di dunia, akhirnya adiknya meninggal dunia dalam keadaan yang sungguh mendamaikan sesiapa yang memandang seolah2 sedang tidur. Sejak itu dia berubah mendalami agama berdasarkan nasihat tulus si adik. Selain itu, dia berkawan baik dengan seorang lelaki buta yang bercita2 untuk memiliki anak soleh sebagai penyambung dakwah. Kawan2nya bercanda: siapalah yang mahukan lelaki buta? Dia menjawab…itu bukan urusan kita. Jodoh maut di tangan Allah. Jika Allah mengingin begitu maka jadilah. Dia ditanya lagi, selepas ibunya meninggal siapa yang akan menjaganya? Lantas dijawab: aku berserah diri kepada Allah. ALLAH telah menjadikan aku buta, maka sudah tentu Allah akan menjagaku. Dipendekkan cerita, dia berkahwin dengan seorang muslimah dan mempunyai anak. Si isteri berkata: di dunia ini aku menjaga suamiku yang buta, semoga di akhirat kelak Allah akan memeliharaku….

Kisah ringkas untuk dijadikan tauladan di Aidilfitri..

By Hasnizam Hashim, Sunday 5 Sept 2010, 3:15 pm

Sudah menjadi kebiasaan bahawa Rasulullah akan mengikuti jalan lain untuk pulang ke rumah selepas daripada menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Tujuannya adalah supaya baginda dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan dapat bermaafan-maafan dengan mereka di samping dapat mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka berpuasa pada bulan Ramadhan….Sesampainya Rasulullah di sebuah simpang…Baginda terlihat sekumpulan kanak-kanak sedang bermain dengan riang. Tidak jauh daripada kumpulan kanak-kanak itu…terdapat seorang anak kecil yang berpakaian compang camping duduk menyendiri…tanpa seorang teman pun menemaninya…jauh sekali untuk bermain dengannya. Baginda lantas menghampiri anak kecil tersebut. Baginda melihat air matanya sedang berlinangan. Baginda lantas bertanya…mengapakah kamu menangis wahai anak?...Anak kecil itu menjawab…‘saya tidak ada baju baru wahai pak cik’. Rasulullah bertanya kepada anak kecil itu…mana bapa mu wahai anakku? Anak kecil itu sambil tersedu-sedu menjawab….bapa saya telah mati dalam peperangan bersama Rasulullah…Rasulullah seterusnya bertanya…. mana ibumu? Anak kecil itu menjawab…ibu saya telah berkahwin dengan lelaki lain dan dia sudah tidak memperdulikan saya lagi…Apabila Rasulullah mendengar rintihan hati anak kecil itu…Rasulullah pun turut sama menangis sebagaimana anak kecil itu menangis…Baginda lantas memeluk erat dan mendukung anak kecil tersebut seraya berkata…..wahai anakku sayang…mahu tak kamu beribukan Aisyah dan berkakakkan Fatimah…berbapakan Rasulullah dan bersaudarakan Hasan dan Husain ? Anak kecil itu dengan tersedu-sedu…nnnak pakcik… Rasulullah lantas mendukung pulang anak kecil tersebut. Sesampainya di rumah…Baginda memandikan sendiri anak kecil tersebut dan memakaikannya dengan baju baru…..


Citer Ustaz Hasnizam

By Hasnizam Hashim, Tuesday, 21 September 2010

Diberitakan bahawa pada suatu ketika, Nabi Musa Alaihissalam keluar untuk mengembara. Untuk mengalas perut, baginda membawa tiga ketul roti bersamanya sebagai bekalan. Semasa dalam perjalanan, muncul seorang lelaki yang tidak diketahui. Lelaki tersebut mengekori perjalanan Nabi Musa. Nabi Musa menyedari akan perbuatan lelaki tersebut dan hanya membiarkan sahaja lelaki itu mengekori perjalanannya. Di pertengahan perjalanan, Nabi Musa behenti sebentar untuk berehat. Lelaki yang sentiasa mengekorinya tadi turut sama berhenti rehat dan duduk bersebelahan dengan Nabi Musa. Nabi Musa kemudiannya mengeluarkan tiga ketul roti yang dibawanya tadi sebagai bekalan dan memakan hanya satu ketul sahaja daripada roti tersebut sambil diperhatikan oleh lelaki yang tidak dikenali itu. Kerana tidak sampai hati, Nabi Musa memberikan seketul roti yang dibawanya kepada lelaki itu. Lelaki tersebut mengambil roti itu dengan senyuman sambil bertanya “yang satu ketul lagi itu untuk siapa?” Nabi Musa menjawab “roti yang ketiga ini untuk dijadikan bekalan dalam perjalanan” . Tanpa disedari oleh Nabi Musa, lelaki itu telah mencuri roti yang ketiga dan memakanya secara senyap-senyap.

Nabi Musa kemudiannya meneruskan perjalanan dan lelaki tersebut masih lagi mengekorinya. Apabila baginda berhenti semula untuk berehat dan makan, baginda terkejut kerana roti yang ketiga itu sudah hilang. Nabi Musa memandang ke arah lelaki tadi sambil bertanya: “kamu tahu tak siapa yang mencuri roti saya yang ketiga? Lelaki tersebut hanya berdiam diri dan berbuat seolah-olah tidak tahu apa-apa. Nabi Musa kemudiannya meneruskan perjalanan dan lelaki tesebut masih lagi mengekorinya. Sesampainya baginda di sebuah tempat, baginda berjumpa dengan seekor kambing liar dan menyembelih kambing tersebut. Setelah kambing tersebut mati disembelih, dengan mu’jizat Allah SWT, Nabi Musa menghidupkan semula kambing yang telah mati itu. Nabi Musa bertanya kepada lelaki tersebut “Engkau hairan tak dengan apa yang aku buat?” Lelaki tersebut menjawab: “Ya…aku hairan”. Nabi Musa kemudiannya berkata: “Aku lagi hairan dengan orang yang curi roti tadi, engkau tahu tak siapa orang itu?” Lelaki tersebut berdiam diri dan berbuat seolah-olah dia tidak mengetahui apa-apa.

Perjalanan Nabi Musa diteruskan dan lelaki tersebut masih lagi mengikutinya. Sesampainya Nabi Musa di sebatang sungai, dengan mu’jizat Allah SWT baginda kemudiannya berjalan di atas air sungai tersebut. Lelaki tersebut dengan penuh kehairanan memerhatikan akan perbuatan Nabi Musa. Nabi Musa bertanya kepada lelaki tersebut “Engkau hairan tak dengan apa yang aku buat?” Lelaki tersebut menjawab: “Ya..ya…aku hairan”. Nabi Musa kemudiannya berkata: “Aku lagi hairan dengan orang yang curi roti tadi, engkau tahu tak siapa orang itu?” Lelaki tersebut sekali lagi berdiam diri dan berbuat seolah-olah dia tidak bersalah dan tidak mengetahui apa-apa.

Nabi Musa kemudiaanya meneruskan semula perjalanan dan lelaki tersebut masih lagi mengekorinya. Sesampainya baginda di sebuah tempat, Nabi Musa berjumpa dengan tiga ketul emas yang sangat besar dan berat. Lelaki yang mengekorinya tadi melonjak kegembiraan. Nabi Musa kemudiannya berkata kepada lelaki tersebut: “Satu ketul emas ini untuk aku dan satu ketul untuk engkau”. “Yang lagi satu ketul ini pula untuk siapa?” dengan pantas lelaki itu bertanya kepada Nabi Musa. “Yang lagi satu ketul ini ialah intuk orang yang curi roti tadi” jawab Nabi Musa. “Sebenarnya akulah yang curi roti itu tadi…”kata lelaki itu. Nabi Musa kemudiannya berkata “engkau ambillah kesemua emas ini…aku tidak mahu satupun”. Baginda kemudiannya meneruskan perjalanan dan lelaki tersebut tidak lagi mengekorinya.

Lelaki yang ditinggalkan bersama-sama dengan tiga ketul emas tadi berasa sangat gembira. Sambil memikirkan bagaimana untuk membawa ketiga-tiga ketul emas yang besar dan berat itu pulang…hatinya berkata..selepas ini akulah yang akan menjadi orang yang paling kaya. Setelah acapkali cuba untuk mengalihkan emas-emas tersebut, namun usahanya tetap gagal kerana emas-emas tersebut terlalu berat untuk diangkatnya seorang diri. Akhirnya…setelah kepenatan, lelaki tersebut berhenti sebentar untuk berehat.

Tanpa disedari oleh lelaki itu, tiba-tiba muncul tiga orang perompak. Ketiga-tiga perompak tersebut cuba untuk merampas emas-emas tadi dan lelaki tersebut akhirnya dibunuh oleh perompak-perompak tersebut walaupun dia telah cuba sedaya upaya untuk mempertahankan emas-emasnya. Para perompak berasa sangat gembira. Emas-emas tersebut dibahagikan secara adil. Setiap seorang mendapat satu ketul emas yang besar. Sambil berehat, salah seorang perompak berkata “kita sudah terlalu keletihan dan lapar…dalam keadaan begini….mana mungkin kita dapat mengangkat emas-emas yang besar dan berat ini…..mengapa tidak salah seorang daripada kita pergi ke pasar untuk mencari makanan…emasnya akan kami jagakan nanti…” Salah seorang daripada perompak itu bangun dan pergi ke pasar untuk mencari makanan sambil berpesan kepada kedua orang rakannya “tolong jagakan emas aku ini ye !”.

Semasa ketiaadaan salah seorang rakan perompak tersebut, kedua dua perompak yang menjaga emas itu telah bersepakat untuk membunuh rakan mereka yang ketiga sekembalinya dia dari pasar untuk membawa makanan. “Kalau kita bunuh rakan kita yang ketiga ini…kita akan menjadi lebih kaya…kita akan dapat satu setengah setiap seorang”..kata mereka.

Sekembalinya rakan mereka dari pasar dengan membawa makanan…mereka dengan pantas terus membunuh rakan mereka yang ketiga. Sebelum meneruskan semula usaha mereka untuk mengangkat emas-emas itu, mereka terlihat akan makanan yang telah dibeli oleh rakan mereka tadi. Mereka pun, tanpa berlengah terus memakan makanan tersebut. Makanan tersebut, tanpa mereka ketahui sebenarnya telah pun dibubuh racun oleh rakan mereka yang telah dibunuh tadi. Semasa dalam perjalanan ke pasar, rakan mereka yang telah dibunuh itu sebenarnya telah pun terfikir “kalau aku bunuh dua orang itu…maka aku akan dapat tiga...mengapa tidak aku letakkan racun dalam makanan ini…” Akhirnya kesemua perompak itu mati dan tidak seorang pun berjaya untuk memiliki emas-emas tersebut……Wallahu ‘alam.

“Dan Kepunyaan Allah jualah kerajaan langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalamnya; dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Al-Maidah: 120)

THESIS OWH THESIS

4 minggu lg kn submit projek ilmiah...skrg ni gah on de way siapkan chapter 1 n 2...chapter last xtau la cmne...huhuuuu...tlg doakan spy sy n kwn2 dpt submit thesis dgn jayanya n dpt mrkah a for this subject ekh...amin!

Wednesday 1 September 2010

Sala,m Lebaran

Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin andai terkasar bahasa tersilap tulis ke...heheee...esok dah balik kampung...jemputlah datang beraya nanti ye kawan2...haa, sebelum terlupa jgn lupa mencari malam lailatul qadar pulak...tahun ni kalau menurut perkiraan imam ghazali jatuh pada 29 ramadhan...saya sekadar mengingatkan semoga kalau saya terlepas peluang akan ada orang yang sudi berdoa untuk saya, malam yang lebih baik dari seribu bulan tu nanti...jangan lupa jugak solat sunat lailatul qadar 4 rakaat...tolong doakan sekali kebebasan bumi palestin...percayalah, doa itu senjata orang mukmin!