Tuesday 20 July 2010

DARI TEMAN KEPADA KEKASIH 6

Betul kata Daniel, aku memang menepati ciri-ciri menantu pilihan emaknya. Terharu apabila emaknya membisikkan ucapan terima kasih kerana sudi menjadi menantu dan menerimanya anaknya seadanya setelah apa yang berlaku. Kini aku mengerti kenapa Daniel lebih senang hidup sederhana, walau pun dia mampu hidup mewah. Emaknya, Puan Sri Fauziah dan ayahnya Tan Sri Ahmad hanya mengamalkan hidup seperti rakyat biasa tanpa mengira darjat keturunan.

“Betul ke apa yang kita buat ni Dany? Aku takut la pulak. Macam mempermain-mainkan agama pun ada. Dah la kita tipu ibu bapa. Iskh…takut la.” , itu soalan pertama yang aku ajukan sebaik sahaja Dany melangkah masuk ke bilik tidur. Bilikku dihias indah sebagaimana layaknya bilik pengantin. Mata yang mengantuk disebabkan keletihan menjadi raja sehari kutahan. Malulah pula nak tidur. Tak selesa.

“Takut? Dah buat baru nak takut. Apalah kau ni. Lain kali fikir dulu baru buat.” , Dany hanya mencebikkan bibir.

“Aku serius ni Dany. Tiba-tiba je aku rasa kita dah buat benda yang salah. Macam mana ni? Kalau rahsia kita pecah macam mana?” . kus semangat bila fikir kemungkinan tu.

“Kalau pecah, kaulah yang celupar! Alah, kau lahirkan je sorang anak, then orang akan anggap kita cam pasangan lain la. Apa susah?” , selamba je dia membuat spekulasi.

“Dahlah…daripada aku layan kau, baik aku tidur. Makin tambah penat layan orang yang tak serius ni. Ambik mudah je.”, aku sudah memusingkan tubuh untuk tidur. Selimut kutarik sehingga ke paras dada. Hilang malu yang beraja tadi bila hati dibalut amarah.

“Aik…takkan dah penat kot, belum layan lagi dah penat? Ni kan malam pertama, biasalah kalau setakat bangun lewat pagi esok. Orang lain mesti faham punya.” . Terdiam aku seketika. Tak sangka soal malam pertama akan diungkit.

“Kau…kalau nak melalut, tidur luar.” Aku sudah terduduk tegak di hadapannya sambil menuding jari ke arah pintu.

“Melalut apa lak? Betul la aku cakap. Malam ni malam pertama kita, kan?” Daniel ketawa rendah. Perlahan-lahan dia menghampiriku. Aku makin menggigil.

“Dany…please. Kita kan dah janji? Kau nak mungkir janji lak ke?” Aku bertambah kalut apabila dia meleraikan ikatan tudungku.

“Kita kan dah kahwin. So, kau dan aku dah tak ada batasan aurat lagi. Umph?” Dia hanya tersengih sambil menyapu air mata yang mula menitis di pipiku. Perlahan-lahan dia menarikku selimut menutupi badanku.

“Rahsia kita takkan pecah, insya Allah. Kita menipu demi ibu bapa. Kita hanya nak tengok mereka gembira, tu aje. Kalau kita bercerai cara baik, mereka mesti faham. Then, kita dah sah jadi suami isteri walau pun kita janji nak cerai lepas ni sebab kita tak melafazkan tempoh kahwin sementara tu dalam akad, kan? Kau jangan risaulah.” Daniel berkata sebaik sahaja melabuhkan punggung di birai katil. Ya tak ya juga. Baru aku teringat kata-kata Ustaz Yunus dulu. Kahwin Muta’h (kahwin kontrak) sah jika tidak disebut di dalam akad tempoh yang telah dipersetujui untuk hidup bersama. Fuh, lega!

“Dah la…jangan nangis lagi. Nanti kalau mata kau bengkak esok, apa lak orang kata? Mesti orang ingat aku dera kau.” Sempat lagi melawak. Dany, Dany. Aku sudah tersenyum bila terdengar lawaknya tadi.

“Aku kena tidur mana ni? Bilik kau bukannya ada sofa.” Mata Dany melilau ke sekeliling bilik.

“Ingat aku kaya macam kau ke? Bilik kau pun dah sama besar ngan ruang tamu rumah aku.”

“Eleh…kedekut. Gaji penguam pun kedekut lagi. Tapi masa belajar dulu kau tak kedekut lak ekh?” Asyik nak menyindir aku je dia ni. Eeee…geram tol.

“Sapa yang kedekut? Kau la! Asyik aku je yang kena belanja. Kalau aku tahu kau anak orang kaya dulu, dah lama aku curi duit kau, biar kopak!” Penuh geram aku meluah. Ingat lagi dulu akulah yang selalu mengeluarkan belanja menyipakan tugasan, fotostat, print, macam-macam lagilah. Sakit hati je bila tahu dia ni anak orang berada!

“Hahahahaaa…ingat lagi kau ekh? Dah kau yang nak keluarkan duit, aku on je. Save budget. Heheheeee…” Dany tersengih sambil mengenyitkan mata kepadaku. Ingat macho sangat la tu. Tak heran aku.

“Aku ingat kau lagi miskin dari aku tau! Baju cam tak berganti je. Tak de karisma sebagai anak Tan Sri langsung!” Abik kau, haa…kan dah kena dengan aku. Masih segar di ingatanku Dany selalu menyarung tubuh kurusnya dengan pakaian selekeh. Baju bundle lagi mahal kot dari baju dia dulu.

“Alah, yang kaya bapak aku je. Aku miskin cam kau gak, guna scholarship. Tapi tak pe. Lepas ni aku janji, semua perbelanjaan kau aku tanggung sebab aku kau dah jadi isteri aku, kan? So, kena la bertanggungjawab sebagai suami.” Janji dia ni boleh pakai ke? Mataku mengecil cuba mengagak sejauh mana keikhlasannya.

Bila dia mula tersengih menayang muka seposennya kembali, aku mengagak dia hanya bercanda.“Ekh? Boleh caya ke orang kedekut cam kau ni? Aku tengok sama je masa belajar dengan dah keje, kedekut gak.”

“Mana ada? Aku bukan kedekut la, tak suka membazir! Masa keje je la kena berpakaian kemas sebab nak jaga imej penguam, tapi kat umah aku bebas. Beli baju mahal-mahal buat apa? Nak tutup tubuh je pun. Kereta kelisa tu aku beli sebab aku memang minat mini cooper, so sebelum duit cukup, melaram je la ngan mini cooper Malaysia tu dulu. Understood?” Wajahnya mula memerah menahan geram. Tu la, padam muka. Suka kenakan aku. Kan dah terkena balik. Tau pun malu bila mengungkit perihal diri dia.

“Apa-apa je lah. Tapi kau tu memang kedekut pun! Tak payah nak tipu aku, orang lain tak pe. Malam ni kau tidur sini la. Tapi janji jangan buat apa-apa kat aku. Kau guna selimut ni, ok?” Sambil menepuk tilam dan menghulurkan selimut kepadanya.

“Aik…biar betul! Kau kan tak caya ngan aku? Selalu kata aku jahat. Tak leh caye la. Pelik ni. Kau tak takut aku sentuh kau ke?”

“Separuh je, bukan semua. Kalau malam ni kau buat benda tak senonoh, aku takkan percayakan kau lagi sampai bila-bila. Ok?” Aku sudah bergerak memanjat katil tanpa menunggu jawapannya. Aku menepuk-nepuk bantal sebelum mendaratkan kepala. Satu tabiat buruk sebelum tidur yang sukar aku kikis.

Aku berpaling mencari wajahnya. “Kalau nak tidur nanti, jangan lupa tutup lampu tau. Aku tak leh nak tidur nyenyak la kalau tak tutup lampu. Mudah terjaga.” Sambil memberi arahan, aku berpaling untuk tidur.

Aku berpaling kembali menghadap mukanya apabila dia berkata: “Tak sangka kau caya gak gan aku ekh? Since kau percayakan aku, aku janji takkan hancurkan kepercayaan kau tu. Tapi aku pelik la…aku kan selalu buli kau. Nape kau masih nak tolong aku?”

Tiba-tiba sahaja dia bertanya. Ah, sudah. Nak bagitahu dia ke tak nak ni? Tapi kalau aku bagitahu pun ok gak. Nanti tak ada la dia fikir aku ni dah tersuka kat dia ke apa. Dalam ragu-ragu aku mengucapkan: “Er…sebenarnya….er…aku sama gak cam kau. Abah aku dah bagi warning. Kalau dalam masa terdekat ni aku tak de calon gak, abah aku akan terima sape je yang masuk meminang. Tak nak aku! Daripada aku kahwin ngan orang yang tah mana-mana tu, baik aku kahwin ngan kau. Sekurang-kurangnya aku tau kau ni budak baik, Cuma nakal sikit je.” Sempat lagi aku memuji sedikit, sekadar untuk membeli hatinya.

“Owh…jadi kau ambik kesempatan atas aku la ni? Ingatkan ikhlas nak tolong aku! Tak jadilah bagi upah kat kau.” Daniel berpura-pura marah. Macamlah aku tak kenal dia. Dia kalau dah marah, menyinga, bukan lembut macam ni.

“Eleh, ok la tu. Kita sama-sama susah, memang patut la kena tolong-menolong. Lagi pun aku tak minta upah pun, aku dah ada gaji sendiri la. Lebih dari cukup setakat nak makan aku sorang. Tapi tanggungjawab kau sebagai suami tadi macam mana?” Sengaja aku menambahkan lagi sakit hatinya. Biar dia rasa. Ingat aku ni jenis yang suka menangguk di air yang keruh ke? Salah orang la.

Kami berdua terdiam seketika melayan perasaan. Telefon bimbitku memainkan lagu ‘Farsyi Turab’ menandakan ada panggilan masuk. Aku melangkah ke arah meja solek untuk mendapatkan panggilan. Laoshi? Kenapa Laoshi telefon malam-malam ni? Tak pernah pulak dia menelefon waktu begini. Aku melihat jam yang menunjukkan angka 1.

Belum sempat aku menjawab, Daniel bertanya: “Siapa?”. “Laoshi.” Kujawab ringkas. Aku menekapkan telefon ke telinga. “Wei. Wang shang hao, laoshi. (helo, selamat malam, cikgu).” Aku memulakan bicara. Dalam benak masih terntanya-tanya sebab panggilan ini.

“Wei. Wang shang hao. Hai jiu bu jian. Ni hao ma? (lama tak jumpa, sihat ke?)” Aku baru tersedar betapa lamanya kami tidak berhubung. Malah, pernikahanku ini juga tidak dimaklumkan kepadanya.

“Owh…wo hen hao (saya khabar baik). Ni ne? (awak pula)”

“Wo ye shi. (saya juga sihat). Ni zai nali? (awak kat mana ni) jia ma? (kat rumah ke)”

“Shi de, wo zai jia. (ya, saya di rumah) shenme shi a, laoshi? (ada apa, laoshi)”.

Aku mula melangkah ke tepi jendela agar selesa untuk berbicara. Aku sempat menangkap jelingan tidak puas hati Daniel. Laoshi menceritakan perihal dia sudah memeluk Islam, Alhamdulillah, beberapa hari lepas. Alhamdulillah…memang inilah berita yang aku tunggu-tunggu selama ini. Lama dulu aku cukup kecewa apabila Laoshi mengambil keputusan untuk berkahwin dengan kenalannya yang sama-sama mengajar di SMAP Labu. Suasana Islamic itu akhirnya menghadirkan hidayah indah ini. Masalahnya sekarang, isterinya tidak mahu memeluk Islam, jadi bagaimana dengan status perkahwinan mereka? Kalau terpaksa berpisah, bagaimana pula dengan anak-anak mereka?

Wednesday 14 July 2010

TAJUK THESIS KENA TUKAR

Pening2...gawat nih...tajuk projek ilmiah saya kena tukar...tapi masih lagi pasal usul fiqh, cuma tajuk je yang tukar, bidang sama lagi...huhuuuuu....tajuk baru: "Imam Abu Hanifah mendahulukan pendapat (rokyu) daripada Hadis dhoif dalam membuat sesuatu hukum". tajuk dulu tu kecik sgt, so Dr Sodiq suruh tukar, lagi pun katanya tajuk tu susah sangat dan lebih kepada bidang Nahu Sarf. tajuk dulu tu hanya sesuai untuk buat thesis master dan ph.D je. nasib baik bahan sikit je cari tak banyak sangat. patut la susah nak cari bahan. pe pun syukur alhamdulillah belum terlambat sangat untuk buat yang baru.